Wednesday, January 21, 2009

Suami artis bikin kecoh

APABILA kawan lama Papa, Miss J menyampaikan berita ini, mengeluh panjang Papa dibuatnya.

Baru-baru ini, sewaktu Papa menghadiri sebuah majlis, sempatlah juga Papa berborak panjang dengan Miss J yang lama menghilangkan diri. Katanya, bercuti panjang ke Eropah.

Patutlah Papa tengok makin berseri-seri Miss J. Berbanding dulu, sekarang ni Miss J bertambah elegan dan cantik.

Lalu, Miss J pun membuka cerita tentang perangai pasangan selebriti ini yang telah mencetuskan kekecohan di sebuah kedai mamak baru-baru ini.

“You nak tahu tak Papa? Ada orang beritahu I pasal pasangan selebriti ni. Si isterinya yang semua sedia maklum memang suka berpakaian seksi. Sampaikan keluar rumah dan menonton bola di kedai mamak pun pakai menjolok mata.

“Yang peliknya, si suami tidak pula melarang isterinya berpakaian sebegitu. Sepatutnya menjadi tanggungjawab suami untuk menasihatkan isterinya itu.

“Jadi, kekecohan berlaku apabila pelanggan di situ asyik memerhatikan isterinya itu. Apa lagi, si suami pun tak senang duduk lantas bangkit dan bersuara dengan lantang: “What are you looking at? Mind your own business!”

“Bila nampak suaminya naik hantu, apa lagi, kelam-kabutlah si isteri menarik tangan suaminya dan pulang ke rumah,” cerita Miss J.

Kalau dah tahu nak pakai macam tu, lebih elok kalau tonton televisyen di rumah sahaja. Kalau di rumah, tiada siapa yang mengganggu. Silap hari bulan, kalau tak nak pakai baju, pun tiada siapa yang melarang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: