Wednesday, January 21, 2009

Betul ke Fara dah pandai demand?

BETUL ke penyampai radio wanita nombor satu ketika ini, Fara Fauzana sudah pandai demand?

Kalau betullah apa yang dikatakan ini, Papa antara orang yang sedih kalau benar Fara bersikap demikian.

Bukan apa. Papa ada terdengar orang yang memberitahu sumber Papa mengatakan Fara enggan menjadi pengacara bersama Anugerah Juara Lagu Ke-23, Ahad lalu adalah kerana bayaran yang diterimanya tidak setimpal.

Disebabkan itu juga, TV3 telah memutuskan untuk tidak mengambil Fara bergandingan bersama Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Ismail pada malam itu.

Bukan apa. Papa tengok gandingan mereka memang berjaya menghidupkan perjalanan anugerah seperti mana yang mereka lakukan tahun lalu. Memang keserasian mereka cukup terserlah.

Kalau betul cerita itu, tak eloklah Fara buat macam tu. Mentang-mentang dah popular sana sini, takkanlah itu menjadi tiket untuk awak demand kan?

Tak baik tau buat macam tu. Nanti awak juga yang susah nanti bila dah takde orang nak panggil awak sebab asyik demand.

Tetapi, sebenarnya Papa dengar alasan utama Fara tidak mahu menjadi pengacara bersama tahun ini adalah kerana dia mahu ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah bersama-sama keluarganya.

Dan, dia juga sudah berangkat pada hujung minggu lalu. Elok jugalah Fara.

Rezeki awak pun mencurah-curah dan apa salahnya, ambil cuti panjang dan menenangkan fikiran di sana selain tumpukan kepada amal ibadat.

Oh, ya. Apa agaknya doa Fara di sana kelak? Cepat bertemu jodoh kot? Hehehehe...Jangan marah ya Fara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: