KASIHAN Raja mendengar rintihan anak dara Chef Wan, Serina Redzuawan yang mengakui namanya diperalatkan seorang teman baiknya. Rasanya tak perlulah Raja siarkan nama teman baiknya itu yang juga artis, nanti hubungan mereka jadi semakin keruh pula. Yalah, kedua-dua pun punya nama besar dalam industri hiburan.
Serina beritahu Raja, dia terkilan dengan sikap temannya itu. Dulu mereka berkawan rapat, malah Serina pernah menumpangkan temannya yang juga seorang pelakon popular itu tinggal di rumahnya kerana dia tiada tempat tinggal ketika sampai di Kuala Lumpur. Ketika itu, teman Serina itu masih berulang-alik dari selatan tanah air.
Bagaimanapun, yang tak sedapnya, kata Serina, temannya itu sering menjual namanya kepada keluarganya bila nak keluar rumah, sedangkan mereka tak bertemu pun.
“Nak jadikan cerita, ibunya menghubungi saya bertanyakan mengenai anaknya. Saya beritahu anaknya tidak bersama saya, ibunya terkejut sebab sudah seminggu teman saya itu tak pulang ke rumah tetapi beritahu mahu ke rumah saya. Hati saya panas sebab menggunakan nama saya.
“Jadi ke mana dia pergi dan dia ikut sapa? Apa pandangan keluarganya pada saya dan paling penting, saya tak mahu keluarganya menganggap saya mengajar anaknya perkara bukan-bukan hingga tak balik ke rumah. Saya sakit hati dan hingga hari ini, kami tak bertegur sapa selepas saya `hentam’ dia cukup-cukup.“Saya tak dapat terima apabila dia buat macam tak bersalah dan menyalahkan saya sebab tak menipu ibunya. Apapun saya tak hairan tak berkawan dengan artis liar macam itu. Artis yang tak bermoral macam inilah yang merendahkan martabat golongan anak seni,” katanya.
Baguslah Serina, pilih kawan yang bermoral sikit, nama kita pun tak terpalit lumpur. Kepada pelakon yang suka menipu keluarga tu, insaflah...
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: