TAK tahulah apa motif Ustaz Akhil Hayy dan Waheeda menafikan hubungan mereka. Dulu, timbul khabar angin ustaz rugged dan penyanyi bermata cantik itu sudah mendirikan rumah tangga secara senyap-senyap tapi berita itu berlalu begitu saja, selepas mereka menafikan.
Raja pun tak pasti sejauh manakah kebenaran cerita itu, biasalah sudah namanya artis tentu tak terlepas terkena tempias gosip dan kontroversi. Apapun, hanya tuan empunya diri mengetahui sejauh manakah berita heboh diperkatakan itu. Raja tabik pada Ustaz Akhil dan Waheeda, mereka pandai menyimpan rahsia hingga hari ini tak siapa pun tahu apa hubungan mereka sama ada sudah bernikah atau hanya hubungan cinta. Kalau setakat nafi, itu perkara biasa dalam dunia hiburan kerana kerap juga apabila artis menafikan sesuatu tetapi akhirnya ia ternyata gosip menjadi cerita benar.
Nak jadikan cerita minggu lalu, teman Raja, Murai Batu dari portal laman Melayu nombor satu, www.murai.com.my bertembung dengan pasangan sama cantik, sama padan itu ketika menonton wayang pada lewat malam di One Utama, Petaling Jaya. Nampaknya sudah terkantoi... ada orang media nampak mereka bersama menonton wayang.
Bukan hanya Murai Batu saja yang nampak, satu panggung pun nampak mereka selepas filem hantu Spanish, KM31 habis ditayangkan dan lampu panggung cerah. Terkejut juga Murai Batu, yalah banyak kali mereka berdolak dalih jika ditanya soal hubungan, bila dah terkantoi tengok wayang pada waktu malam, siapa nak jawab?
Bagaimanapun, Ustaz Akhil dan Waheeda macam perasan orang sekeliling memerhatikannya dan nampak mula menggelabah. Bila masuk kawasan parking, Ustaz Akhil terus berjalan jauh meninggalkan Waheeda. Rasanya tak perlulah nak cover line lagi, sudah terkantoi pun.Raja betul-betul tak faham kenapa Ustaz Akhil dan Waheeda mesti nak menyembunyikan hubungan mereka. Sebagai seorang yang tahu hukum hakam agama, tentu Ustaz Akhil tahu akibatnya apabila menyembunyikan kebenaran. Yalah ramai nak tahu apakah hubungan mereka, sudah berkahwin atau sebaliknya.
Raja tak pandailah nak bersyarah tetapi kalau sudah ada ikatan sah eloklah dihebahkan kepada umum, bukannya apa, kalau jadi perkara seumpama ini, orang nampak Ustaz Akhil dan Waheeda berjalan berdua-duaan pada waktu malam, hilang pula perasaan hormat peminat.
Apapun, mungkin Ustaz Akhil dan Waheeda ada alasan menyembunyikan perihal peribadi. Raja juga percaya hubungan mereka sudah lama terjalin cuma belum masa sesuai untuk dihebahkan atau Waheeda malu bergelar isteri kedua?
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: