Thursday, January 22, 2009

Selamat kerana sarung kaki


RENEE ZELLWEGER


RENEE ZELLWEGER menjadi duta pakaian dalam Hanes secara tidak rasmi apabila membuat kenyataan media bahawa sarung kaki khusus untuk wanita jenama itu telah menyelamatkan dirinya daripada mengalami kesejukan melampau di set penggambaran filem terbaru lakonannya.

Pemenang Oscar itu pada musim sejuk lalu menjalani penggambaran filem, New In Town bersama Harry Connick, Jr. di Winnipeg, Kanada.

Dia mengakui keadaan di situ sangat sejuk.

"Saya tidak menjangka keadaan di sana sangat sejuk. Habis menggigil seluruh badan, Nasib baik saya ada membawa sarung kaki panjang daripada jenama Hanes dan ia telah menyelamatkan saya daripada mengalami kesejukan melampau."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: