Thursday, January 22, 2009

Rakam lagu lucah


BRITNEY SPEARS


Britney Spears dilaporkan terpaksa merakam semula single, If You Seek Amy yang bakal dimuatkan dalam album terbarunya selepas beberapa stesen radio di AS merancang untuk memboikot lagu tersebut.

Ia berikutan lagu itu dikatakan mempunyai unsur kelucahan melampau pada bahagian korusnya.

Sumber memberitahu akhbar Britain, The Sun: "Judul lagu itu, If You Seek Me yang menjadi sebahagian daripada lirik pada bahagian korus lagu itu yang didendangkan dengan pantas menyebabkan ia kedengaran seperti if you f*** me."

Selepas beberapa deejay stesen radio di AS mengumumkan akan memboikot lagu tersebut, Spears merakam semula lagu itu dan mengubah judul lagu kepada If You See Amy.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: