SEKARANG lagu Tak Mungkin Kerana Sayang nyanyian Alyah sedang hangat di corong radio Lagu itu semakin diminati.
Tak ramai yang tahu minggu lalu iaitu pada 10 Januari 2009, Alyah hampir maut apabila kereta yang dipandunya kemalangan dengan sebuah treler di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Pagoh, Johor.
"Kereta Alyah berpusing-pusing setelah berlanggar dengan treler dengan tayarnya naik ke atas. Nasib baik treler tersebut ke tepi jalan, kalau dia langgar kereta Alyah, alamatnya sudah arwah Alyah sekarang.
"Alyah rasa macam berada di dunia lain semasa kereta berpusing-pusing itu. Selepas itu Alyah pengsan.
"Bila Alyah sedar, Alyah tersepit di celah stering kereta. Alyah meraung sakit semasa ditarik keluar akibat tersepit," kata Alyah kepada Mangga Online.
Selepas itu Alyah dimasukkan ke unit kecemasan Hospital Muar. Bagaimanapun keesokan harinya keluarganya membawa pulang ke Johor Bahru dan di mendapat rawatan lagi di hospital swasta.
"Alyah tidak mengalami luka luar tetapi badan Alyah sakit sangat sebab alami masalah dalaman termasuk saraf. Pada awalnya Alyah tak
boleh berjalan, sekarang pun Alyah tidak boleh berjalan dengan baik lagi.
"Tapi Alyah kuatkan semangat sebab album Alyah baru dipasarkan, Alyah tak mahu usaha Alyah dan pelaburan yang dilakukan sis-sia kalau Alyah tidak gagahkan diri.
"Sakit macam mana pun Alyah redah saja," katanya yang sedang deman.
Kata Alyah, dia sering demam akibat kecederaan dalaman yang dialaminya. Malah doktor sudah memberitahu kesan sampingan yang dilaluinya itu termasuk sering muntah.
Promosi road tour
Selepas kemalangan, Alyah kembali dengan aktiviti seni dengan menjalani rakaman program Ewah Ewah di TV3 pada 22 Januari 2008.
"Kalau tiada aral Alyah akan merakam lagu duet bersama penyanyi Ez tak lama lagi, kemudian ke Jakarta untuk penggambaran klip video lagu itu.
"Selepas itu barulah Alyah akan memulakan road tour promosi album Alyah di seluruh Malaysia. Kalau tiada aral, ia akan bermula hujung bulan depan," jelas Alyah lagi.
Alyah berharap kehadirannya kali ini akan memberi makna dan membawa kejayaan setelah beberapa kali kecewa dengan projek yang dilakukan.
"Sekarang lagu Tak Mungkin Kerana Sayang sudah memasuki carta lagu popular stesen radio utama di Malaysia, itu satu petanda baik buat Alyah," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: