Monday, January 19, 2009

Seksi tak kena tempat


SS akui kehebatan artis baru ini di layar kaca biarpun baru setahun jagung menjadi pelakon.
Daripada pelakon pembantu, dia kini mula dilamar pengarah untuk menerajui watak utama.

Memang hebat dan lakonannya pun kini sering dipuji.

Tetapi, SS rasa artis itu sudah mula lemas dengan pujian. Baru-baru ini rakan SS yang memang suka menyibuk hal tepi kain orang menghadiri satu majlis anjuran syarikat pengeluar barangan wanita.

Syarikat itu juga antara penaja utama drama yang dilakonkan artis itu.

Menurut rakan SS, syarikat itu menganjurkan majlis khusus untuk remaja bagi mendidik mereka menjadi generasi cemerlang.

Untuk memeriahkan lagi suasana pada hari itu, penganjur jemput sekali pelakon yang berlakon drama tajaan mereka itu termasuk artis terbabit.

Rakan SS yang mulut setaraf Gayah Gebu naik meluat tengok perangai artis itu gedik semacam. Memanglah dalam drama itu dia berlakon sebagai budak sekolah, tetapi janganlah terbawa-bawa sehingga di luar lokasi.

Ini kerana hakikatnya, artis itu bukan remaja lagi, malah sudah berkahwin.

Sudahlah gedik, pakai baju tidak mengikut keadaan. Rakan SS kata, sama ada patut artis itu pakai baju fesyen baju kemban dan mini skirt yang kalau tertonggeng sikit boleh nampak bontot.

Rakan SS difahamkan, penganjur sudah pesan kepadanya supaya menukar baju kepada yang lebih sopan, tetapi rupanya dia jenis yang tidak dengar cakap.



Terus juga berpakaian seperti itu selama majlis berlangsung. Memanglah tema majlis ala-ala bersantai tepi pantai, tetapi banyak lagi jenis baju lain yang boleh dipakai.



Sebelum majlis bersurai, penganjur pesan pada rakan SS tolong pilih aksi artis itu yang sopan sikit jika ingin siarkan gambarnya dalam akhbar.

Balik pejabat, puaslah rakan SS mencari gambar ‘sopan’ artis itu. Akhirnya terjumpalah sekeping gambar dia meletakkan tangan di dadanya.

Penganjur syarikat besar, jadi kenalah jaga imej. Tetapi artis itu pulak tak reti bahasa. Pulak itu dalam drama itu dia pelakon pembantu saja.

Pelakon utama drama itu datang juga, tetapi taklah gedik macam dia, malah mengenakan pakaian sopan sekali sesuai acara yang dibuat untuk remaja.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: