ZUBIR pun tak faham, apalah nak jadi dengan aktres jelita, Rita Rudaini Mokhtar yang baru-baru ini, mendedahkan perkahwinan rahsianya dengan bintang bola sepak, Aidil Zafuan apabila baru-baru ini, Zubir mendapat rungutan daripada krew penerbitan sebuah stesen TV popular, mendakwa Rita tak ada budi bahasa ketika menolak undangan mereka menyertai program hiburan musim baru terbitan stesen TV berkenaan.
Krew berkenaan siap mengirimkan kepada Zubir kiriman SMS yang dihantar pihaknya kepada Rita, iaitu mengundangnya menyertai program hiburan yang dihoskan seorang pengacara terkenal.
SMS berkenaan lebih kurang begini bunyinya: “Hi Kak Rita, saya ‘teeet’ (nama krew produksi) dari ‘teet (nama program TV). Saya nak jemput Kak Rita sebagai artis undangan dalam program ‘teet’. Recording minggu depan hari Rabu. Kak Rita free ke?”
Pun begitu, krew berkenaan kecewa dengan balasan SMS yang diterimanya daripada Rita. Nak tahu apa jawapan Rita menerusi SMS? Ini dia: “Saya tak nak.”
Manalah krew berkenaan tak kecil hati, bagi Zubir jawapan SMS Rita tak ada ‘PR’ langsung atau dalam erti kata lain, tak ada budi bahasa! Sekurang-kurangnya bagilah alasan kenapa dia menolak jemputan berkenaan. Lebih penting, minta maaflah! Sejuklah sikit hati apabila membaca jawapan Rita, ini tidak. Memang betul jawapan Rita straight to the point, tapi tolonglah!Bagi Zubir, drama bersiri dan telemovie lakonan Rita, sebelum ini banyak yang disiarkan menerusi stesen TV berkenaan, sekurang-kurangnya hormatlah stesen TV yang banyak berjasa kepadanya. Zubir faham keadaan Rita berbadan dua ketika ini yang dilaporkan mengalami alahan teruk, tapi apabila masuk bab kerja, profesionallah.
Ini adalah satu teguran positif kepada Rita untuk kebaikannya dirinya juga, Zubir harap Rita tidak terasa hati dengan kritikan pedas Zubir.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: