![]() |
| RIHANNA |
Umum mengetahui single alunannya, Umbrella berkumandang di radio sepanjang tahun lepas, namun tanpa disangka Rihanna membuat pencapaian yang amat memberangsangkan di United Kingdom (UK).
Dia diumumkan sebagai penyanyi yang menghasilkan penjualan single nombor satu terlaris di UK sepanjang 2008 apabila kombinasi penjualan empat single dendangannya mencecah 1.3 juta unit.
Tiga single Rihanna iaitu Take a Bow, Disturbia dan Rehab mula memasuki pasaran UK pada awal 2008 dan dicampur dengan penjualan single, Umbrella, jumlah penjualan keempat-empat single tersebut mencecah 1,294,093 unit.
Rihanna mengalahkan pesaing terdekatnya, Duffy dengan beberapa singlenya yang diedarkan di pasaran pada 2008 terjual mencecah 1 juta unit.
Leona Lewis di tempat ketiga dengan penjualan beberapa singlenya sepanjang 2008 yang mencecah 992,644 unit.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: