MESKIPUN namanya agak sepi dari media massa, tetapi jangan ingat Raja Pop, Jamal Abdillah tidak mempunyai projek terbaru.
Selain daripada sibuk dengan undangan nyanyian yang tidak pernah putus, Jamal juga kini sedang sibuk di studio merakamkan album terbarunya yang dijangka berada di pasaran sebelum pertengahan tahun ini.
Amboi, hebat sungguh abang Jamal kita ni. Dalam diam rupanya sibuk merakamkan album baru. Papa dengar sudah lima buah lagu dirakamkan dan single pertamanya yang masih lagi belum berjudul juga dikatakan akan mampu menjadi hit.
Bukan itu sahaja, Jamal juga dikatakan bakal berduet dengan seorang penyanyi lama era 70-an iaitu Ismail Haron menerusi sebuah lagu lama. Tak kenal? Ha, siapa yang hidup era itu, pasti akan kenal dengan abang Ismail kita.
Mana tidaknya, dulu dia pernah menjadi rakan duet diva terkenal, Anita Sarawak dan pernah merakamkan beberapa buah album bersama. Salah satu lagu popular mereka adalah Menunggu Nasi Minyak.
Apa yang Papa tahu, ada kisah yang terjadi dalam hidup Ismail sehingga dia membawa diri ke Australia dan terus tidak aktif lagi dalam bidang nyanyian.
Papa pasti ramai yang tidak sabar menunggu kolaborasi Jamal dan Ismail dan Papa percaya gandingan mereka nanti akan meletup!!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: