Wednesday, January 21, 2009

Dang Suria, Ad Samad bercinta?


DANG Suria bersama Ad Samad sewaktu majlis persandingan Mawi dan Ekin di Hotel Palace of the Golden Horses, baru-baru ini.


SEJAK kebelakangan ini, Papa banyak kali juga terserempak dengan pasangan selebriti ini dalam beberapa majlis.

Kalau sekali dua tu, mungkin juga boleh dianggap sebagai kawan biasa atau teman rapat tapi kalau dah kerap sangat, maknanya hubungan itu lebih daripada seorang kawan.

Pasangan yang Papa maksudkan adalah personaliti Astro Awani yang semakin hari semakin jelita, Dang Suria Zainurdin dan penulis lirik terkenal, Ad Samad.

Kalau ramai yang nak tahu, Ad Samad ni yang buat lirik lagu Kalis Rindu nyanyian Elyana dan dia juga merupakan abang kepada pelakon berkulit gebu, Zizie Ezette.

Amboi, dalam diam bercinta ya? Bukan apa. Ada juga kawan Papa bertanyakan kepada Dang betul ke dia tengah hangat bercinta dengan Ad? Kedua-duanya hanya melemparkan senyuman manis yang menyimpan maksud yang tersirat.

Hai Dang, apa tunggu lagi. Awak pun dah lama hidup keseorangan. Pasangan awak tu pun boleh tahan orangnya. Kacak juga. Kalau dah sampai jodoh, baik kahwin cepat. Tak payahlah nak tunggu lama-lama lagi.

Papa dengar bekas suami Dang iaitu Abu Bakar Atan pun dah berkahwin semula penghujung tahun lalu. Apa pun Papa doakan yang terbaik untuk Dang dan Ad. Kalau jadi kahwin nanti, jangan lupa jemput tau!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: