Monday, January 19, 2009

Pengikat cinta sejati


PERNAH putus tunang dengan Halina Ali kemudian menjalin cinta dengan pelakon Zuliana Abdul Aziz atau Jue, kini Muhaizad Ahmad Mustapha atau Ako, menjadi milik sah Kartina Shuaib Abdullah.

Selepas putus kasih dengan Jue, Ako mengakui pernah bertekad tidak mahu menjalin cinta dengan mana-mana wanita selama dua tahun. Namun, pertemuan dengan Kartina awal 2007 bukan saja membuatkan anak kelahiran Kuala Lumpur ini jatuh cinta malah tidak mampu menahan tekad yang dibuatnya.

“Saya berazam tidak mahu bercinta selama dua tahun kerana tidak mahu dikecewakan buat sekian kalinya. Namun, dalam diam saya tidak mampu menafikan sudah jatuh hati kepadanya hingga terpaksa berperang dengan keputusan yang dibuat.

“Akhirnya saya ketepikan ego seorang lelaki kerana bimbang andai selepas tamat tempoh dua tahun,

saya tidak lagi berpeluang memiliki hatinya.

“Masa itu mungkin dia sudah ada yang lain dan saya akan berasa rugi sedangkan daripada awal saya sedar dia gadis istimewa dan memiliki hati yang tulus,” katanya.

Selepas setahun berkawan, mereka sepakat mengikat pertunangan pada 1 Januari tahun lalu selama setahun. Ako, 37, dan Kartina, 29, selamat diijab kabul imam kariah Masjid Taman BDC, Sarahan Ar Bain, di Sandakan, Sabah, Sabtu lalu, dengan sekali lafaz.

Majlis persandingan berlangsung dua kali bermula sebelah malam selepas dinikahkan Sabtu lalu di kediaman keluarga pengantin perempuan di Taman Mawar, Sandakan dengan tema etnik Kadazandusun dan Bajau kemudian keesokan harinya di Hotel Sanbay, Sandakan.

Kali ini konsep Kadazandusun dan Suluk, gabungan budayn ibu dan bapa Kartina. Bapanya, Shuaib Abdullah keturunan Kadazandusun dan Suluk manakala ibunya, Santamina Lajahalam campuran Tagalog dan Bajau.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: