PASANGAN pagi di Era seperti diketahui umum berubah lagi. Ia kini dikendalikan pengacara paling popular Aznil Nawawi bersama pelakon dan pelawak, Din Beramboi. |
SS faham pemilihan mereka berdua ini ada kaitan dengan Tom Tom Bak yang dikendalikan Aznil sementara Din menjadi suara latar untuk persembahan boneka dalam segmen Jom Borak dalam rancangan itu.
Aznil mungkin mencadangkan nama Din untuk bergandingan dengannya dalam rancangan pagi di Era selepas berasakan ada keserasian antara mereka.
Bagaimanapun sebaik memulakan tugas dua minggu lalu, pelbagai komen yang SS terima dari pendengar setia stesen radio itu.
Ada yang gemar dan ada yang berasa janggal apabila mendengar suara Aznil bersama Din Beramboi.
Maklumlah sebelum ini ramai peminat sudah biasa dengan rancangan dikendalikan Aznil dari jam 11 pagi hingga 2 petang sebelum ini.
Ada yang berkata, mereka pening apabila mendengar celoteh Din yang kedengaran kelam-kabut dengan lawaknya yang tidak menentu.
Ada ketika dia seperti terlalu berusaha sehinggakan jenakanya terhadap pendengar tidak berapa hendak menjadi.
Mendengar komen diberikan ini, SS berasakan terlalu awal untuk kita menilai atau menghukum akan persembahan diberikan Din apatah lagi apabila digandingkan dengan orang berpengalaman seperti Aznil.
Keserasian di kaca televisyen dan radio juga berbeza, kerana lawak Din mungkin menghiburkan di televisyen kerana orang nampak memek muka dan bahasa tubuhnya tetapi tidak radio kerana ia bergantung sepenuhnya pada nada suara.
|
Mungkin Din akan mula mendapat rentak selepas enam bulan bertugas bersama Aznil, namun dalam waktu sama nasihat SS kepadanya agar terimalah kritikan dari pendengar ini dengan hati terbuka sekali gus memperbaiki segala kelemahan demi kebaikan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: