Nurul |
USIA perkhidmatannya baru 'setahun jagung' di TV3, namun Kak Pora mengakui pengacara Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain boleh duduk sebaris dengan personaliti popular stesen TV itu kerana namanya memang popular terutama pelbagai gosip yang dilempar terhadapnya sepanjang tahun lalu.
Kak Pora tumpang simpati dengan nasibnya. Tidak habis-habis beliau difitnah, termasuk dakwaan kononnya menjalin hubungan sulit dengan pegawai atasannya hingga terpaksa satu laporan polis dibuat berhubung perkara itu. Kawan setugas Kak Pora juga pernah juga mencuit Nurul gara-gara dikatakan sombong dengan wartawan lain ketika melakukan tugasan media.
Cerita ini timbul apabila beliau dikatakan berlagak dengan wartawan senior ketika membuat liputan majlis penyerahan pesawat AirAsia di Loji Airbus di Toulouse, Perancis. Sekarang desas-desus terbaru yang diperoleh mengatakan Nurul berhasrat mahu berhijrah ke Amerika!
Terkejut juga Kak Pora mendengar berita itu. Teman setugas Kak Pora memberitahu Nurul kecewa dengan gosip liar yang melanda dirinya hingga membuatkan beliau mahu melupakan terus bidang penyiaran dan membina kehidupan baru di luar negara.
Dr Faiz Khaleed |
Kak Pora berharap maklumat ini tidak benar sebab Kak Pora memang meminati pengacara jelita ini. Malah, selepas berakhirnya era Wan Zaleha Radzi dulu, Kak Pora tidak berapa meinat sangat menonton Majalah 3 sehinggalah Nurul Syuhada mengendalikannya.
Memang Kak Pora suka cara penyampaiannya yang bersahaja ketika mengendalikan dokumentari majalah itu. Kak Pora ada kenalan yang bertugas untuk Majalah 3. Dia memberitahu Nurul memang komited terhadap tugasannya.
Disebabkan komitmennya itu jugalah beliau tidak punya masa terluang untuk `berchit-chat’ dengan wartawan senior di Toulese, Perancis dulu hingga dikatakan sombong. Tuduhan itu ternyata cukup mengecewakan Nurul. Demikianlah apa yang diberitahu kepada Kak Pora.
Sebenarnya, Kak Pora masih lagi keliru dengan dakwaan kononnya beliau mahu berhijrah ke Amerika. Lebih mengelirukan, beliau dikatakan mahu berhijrah ke sana sebaik berkahwin dengan buat hatinya, siapa lagi kalau bukan calon angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khaleed.
Hujan tiada, ribut tiada... tiba-tiba timbul lagi satu cerita kononnya Nurul dan Dr Faiz mahu berkahwin. Jika benarlah ini berlaku, Kak Pora sendiri pun tertanya-tanya kedudukan Dr Faiz sebagai calon angkasawan negara untuk misi akan datang.
Kak Pora tidaklah tahu sangat fasal prosedur angkasawan ini. Tapi, seingat Kak Pora, setiap calon angkasawan tidak boleh berkahwin. Apapun keputusan mereka, sama-sama kita tunggu. Cuma, kalau jadilah mereka makan nasi minyak nanti, jangan lupa ajak Kak Pora. Boleh Kak Pora datang naik kereta baru, Honda City. Maklumlah, Proton Perdana dulu dah jual kat adik di kampung.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: