LAMA juga jarak waktu yang diambil bagi menghasilkan album solo nukilan pemenang AJL 2001 menerusi lagu Mimpi Laila ini untuk muncul, namun akhirnya selepas Teman Sejati, Satu Perjuangan (Brothers), Mimpi Laila, Salsabila kini hadirlah pula Arus Qudus.
Masih mengekalkan konsep muzik world dan global, Arus Qudus turut mengenengahkan elemen rock, balada, urban dan juga etnik. Jika diteliti setiap bait lirik lagu yang kebanyakannya adalah sentuhan Yasin sendiri, ia banyak diserap dengan unsur inspirasi dan semangat perjuangan.
Mempertaruhkan Arus Qudus dan Bismillah sebagai single utama, kedua-dua lagu dalam genre rock ini mendapat sentuhan pemain gitar ternama, Man Keedal. Untuk sedikit kelainan, suntikan genre urban yang juga satu lagi single diberi judul Kuala Lumpur bakal memikat halwa telinga pendengar terutama dengan pengaruh hawa nusantara yang dihadirkan oleh tiupan seruling Mohar. Dalam segmen balada pula, album ini menampilkan lagu Kau Yang Mengetahui, Hampir Padamu dan Hidup Memang Payah.
Album ini menampilkan pemuzik ternama seperti Zahid Ahmad (dram), Ramli Rebana (percussion), Nan (gitar), Kelly (bass), Rudi (keyboards), Rosdi (percussion), Charmaine (violin), Salleh (Brothers) Arnieza, Aliah (Phlowtron), Sham (penyanyi dari Dubai, Akbar dan Joe Flizzow.
Rabbani kumpulan nasyid versatile paling ramai dan antara yang masih kekal bertahan dalam industri muzik semasa sehingga kini. Dari segi sejarahnya, kumpulan Rabbani yang ditubuhkan pada 1 Mac 1997 membawa maksud Yang Arif dan Yang Soleh bermatlamat untuk menyeru diri, keluarga dan masyarakat ke arah kebaikan.
Namun ramai yang tidak mengetahui hakikat bahawa Rabbani adalah serpihan daripada perpecahan sebuah kumpulan nasyid yang begitu popular sekitar 1990-an, Nada Murni. Kumpulan nasyid ini begitu popular walaupun albumnya sekadar dijual secara jualan terus, tidak dijual di kedai muzik atau kompleks beli belah.
Selepas pertubuhan Al-Arqam diharamkan, Nada Murni masih lagi aktif dan masih mengeluarkan album sehingga 1996. Album "Untukmu Rasulullah II" yang dikeluarkan pada 1996 adalah album terakhir. Ahli kumpulan Nada Murni kemudiannya berpecah dan muncul sebagai kumpulan Hijjaz, Rabbani dan Raihan.
Album Nostalgia Nadamurni yang mula berada di pasaran kini diterbitkan khusus mengubat kerinduan peminat kepada lagu nasyid yang pernah dipopularkan Nadamurni. Antara lagu nostalgia yang dimuatkan Bila Nur Melimpah Di Hati, Ibu Mithali, Al-Hijrah, Sunnah Berjuang, Sifat 20, Nun Di Sana, Indahnya Hidup Bersama Ilahi, Mana Milik Kita, Jasa Petani dan Ayyu Zikraa (feat Ustaz Amal).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: