Nora |
KAK Pora tumpang gembira apabila diberitahu pelakon jelita, Nora Danish sudah selamat melahirkan anak lelakinya di Pusat Perubatan Gleneagles, Jalan Ampang Kuala Lumpur, kira-kira jam 12.30 malam pada 9 Januari lalu. Mesti anaknya comel sebab ibunya pun cantik.
Kak Pora berharap sangatlah selepas habis berpantang nanti, Nora dapat bergambar bersama anak lelakinya itu, khas untuk tatapan pembaca setia B*Pop. Bagaimanapun, dalam berkongsi kegembiraan itu, Kak Pora bersimpati dengan pelakon sitkom popular Puteri ini kerana berseorangan melahirkan anak lelakinya kerana semua pihak sedia maklum, beliau kini sudah bercerai dengan suaminya, Rizal Ashram Ramli.
Kak Pora memahami perasaan Nora. Kak Pora pun ibu tunggal kepada dua anak. Kak Pora mahu berpesan kepada Nora, bukan mudah menjadi ibu tunggal, yang berseorangan membesarkan anak-anak. Kak Pora dah rasa keperitannya. Banyak persediaan perlu dibuat, terutama dari segi mental dan emosi. Jangan tak tahu, mulut orang sekeliling pun satu hal, ramai yang suka mengata dan mengumpat.
Terlalu banyak dugaan menanti, termasuk pandangan skeptikal masyarakat, lebih-lebih lagi Nora masih muda dan cantik. Yang penting, jangan patah semangat.
Dalam kesibukan media bercerita fasal Nora bersalin, terdengar pula cerita lain kononnya seorang lagi aktres yang dikatakan punca keruntuhan rumah tangga Nora dan Rizal sedang membuat persediaan untuk melangsungkan perkahwinannya. Beliau kini dikatakan sibuk mencari pereka fesyen untuk menyiapkan gaun pengantinnya. Tapi, khabarnya kebanyakan pereka fesyen enggan bekerjasama dengannya walaupun bayaran ditawarkannya agak lumayan. Kenapa ye?
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: