'Saya tidak sentuh Memey'NN

KUALA LUMPUR - "Saya tidak pernah 'sentuh' Memey. Tolong jangan buat andaian sejauh itu walaupun kami ditangkap khalwat."
Demikian tegas aktor Norman Hakim kepada pihak yang cenderung membuat andaian awal mengenai hubungan intimnya dengan pelakon Memey Suhaiza, 20.
Menurut Norman, sepanjang setahun dia mengenali pelakon muda itu, dia tidak pernah melakukan perkara sumbang di luar batasan.
"Saya tahu kalau ditangkap atas tuduhan berkhalwat, orang akan anggap macam-macam yang sudah kita buat tetapi jangan mudah jatuhkan hukuman kepada kami. Hakikatnya tidak ada apa-apa keterlanjuran yang berlaku antara kami berdua," katanya.
Norman berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Gombak Timur di sini semalam selepas kes khalwatnya dengan Memey disebut di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhamad.
Duda kepada pelakon Abby Abadi itu juga mengakui kes tangkapan khalwat itu benar-benar mengaibkan dirinya.
Sepanjang prosiding sebutan kes khalwatnya di mahkamah, Norman dan Memey menjadi tumpuan apabila dilihat agak mesra selain mengenakan pakaian sedondon bewarna hitam dan putih.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: