Sunday, January 11, 2009

Nak cari tua jumpa muda - Sheeda

PANAS. Penyanyi dangdut yang popular dengan lagu Angkat Kaki, Rashidah Hamid ataupun lebih dikenali dengan panggilan Sheeda pernah merahsiakan kisah perkahwinan ketiganya dengan seorang guru, Shukry Hashim, 30, baru-baru ini.

Setelah gambar dia bersama suaminya tersiar di sebuah akhbar harian, Sheeda tidak dapat lagi menyembunyikan kisah itu. Akhirnya dia membuat kenyataan yang dia sememangnya berkahwin.

Sheeda yang tidak mahu usianya diketahui umum menegaskan apa yang dilakukan itu semuanya bersebab yang tidak dapat dielakkan demi kebaikan keluarganya.

Hari ini kisah perkahwinan kali ketiganya mahu dikongsi bersama dan apa yang diharapkan tohmahan yang mengatakan dia cuba merahsiakan perkahwinan tidak lagi digembar-gemburkan. Sheeda mempunyai tiga cahayamata hasil dua perkahwinannya sebelum ini iaitu Hafizul Razli, 23, Norrazlinda Razli (Bienda), 22, dan Nurfazlinda Fazli, 9.

l Lama tak dengar cerita, dengar-dengar cerita dah berniaga kopi pula. Apa kisahnya?

Memang saya dah berniaga sekarang ini. Kopi Dangdut Kacip Fatimah, itulah produk saya sekarang ini. Hampir dua tahun saya berniaga kopi ini dan alhamdulillah laris di pasaran. Saya buka perniagaan ini dengan seorang rakan kongsi. Produk ini khas untuk wanita sahaja. Apa yang penting kopi ini ada bahan campuran yang mahal kerana ia boleh melangsingkan badan. Pendek kata, kalau yang sudah berumahtangga pasti terasa macam anak dara gitu! Sekarang ini saya sedang cari pengedar, jadi kalau nak turut serta bolehlah hubungi Shukry di talian 017-3011507. Sajalah nak promosi sikit, lepas tu bolehlah tanya soalan yang panas-panas.

l Macam tau-tau saja, sebelum itu apa kisah album loghat Kelantan tu?

Saya keluar modal sendiri dan terbitkan sendiri. Setakat ini dah balik modal. Itu yang penting. Dalam sebulan album Goyang Dangdut Volume 1 Sheeda dah terjual 4,000 unit. Semuanya dalam loghat Kelantan. Lepas ini saya nak keluarkan VCD pula. Satu lagi ini, sebelum terlupa, saya akan buat jualan pakej. Bagi sesiapa yang beli Kopi Dangdut saya dengan bayaran tambahan RM10.00 mereka akan dapat album Kacip Fatimah, tapi bukan dalam loghat Kelantan. Lagu ini juga akan menjadi lagu tema Kacip Fatimah dalam bentuk iklan.

l Adakah lagi undangan show sekarang ini?

Ada. Bolehlah. Dalam sebulan tu ada juga sangkut satu ataupun dua. Kadang kala lebih. Kalau tak mana nak dapat modal buat benda-benda ni semua.

l Apa cerita tentang kisah perkahwinan baru Sheeda yang dikatakan seolah-olah mahu dirahsiakan itu?

Saya tak kisah nak tanya soalan ni, yang penting tolong saya promosi sikit bisnes dan album. Kita pun dah kenal lama, saya tak kisah.

l Ceritalah, tapi awak jangan propa (tipu).

Rasanya tak sorok ataupun dirahsiakan. Untuk pengetahuan, perkahwinan saya yang ketiga kali ini melalui proses yang sukar. Anak-anak saya dah besar dan hati merekalah kena saya jaga. Anak-anak adalah segalanya, jadi saya tidak boleh belakangkan mereka.

l Setakat sekarang macam mana penerimaan anak-anak?

Syukur mereka dah dapat terima semuanya. Memang pada awalnya sukar juga.

l Keluarga Sheeda pula macam mana?

Orang tua saya dah tiada dan sebelum berkahwin saya dah bagi tahu adik lelaki saya. Keluarga belah suami juga terima baik, tak ada masalah. Adik-beradik saya pun okey semua.

l Adakah anak-anak yang jadi penghalang ataupun tidak setuju dengan perkahwinan itu?

Bukan begitu, anak-anak saya sayangkan saya, jadi mereka tak mahu emaknya ini terkena pengalaman lalu. Tu saja. Shukry pun dah bagi tahu saya, sebelum berumahtangga kita kena selesaikan masalah dengan anak-anak dulu. Dia juga tak mahu ada masalah yang timbul di belakang hari.

l Nikahnya di mana?

Di kampung saya, Kelantan. Buat kecil- kecilan sahaja. Lepas tu kami buat di rumah belah lelaki juga kecil-kecilan. Dah kahwin kali ketiga tak perlu buat besar-besaran, malulah.

l Nikahnya bila?

Lepas Hari Raya Aidilfitri tahun lepas.

l Berapa wang hantarannya?

Murah saja, tak perlu la nak bagi tahu.

l Nak tanyalah sikit, jangan marah ye? Orang kata Sheeda ni suka sangat kahwin dengan orang muda. Komen sikit.

Nak buat macam mana, dah jodoh. Kadang-kadang tu nak juga bercinta dengan orang tua. Malah ada kawan-kawan artis yang rekemen saya dengan VIP. Tapi tak ada jodoh. Pernah saya bertekad selepas bercerai buat kali kedua tempoh hari saya nak cari calon suami yang tua sikit, tapi tak dapat juga. Jodoh kita dengan yang muda juga, nak buat macam mana? Kita terima sajalah.

l Cerita sikit macam mana boleh kenal.

Waktu tu saya ada show di Pahang. Lepas show saya keluar minum dengan penganjur, kawan-kawan Shukry juga. Kemudian Shukry datang. Dia ni pengerusi belia kampung jadi kami pun tukar-tukar nombor.

l Sheeda panggil suami apa?

Kalau depan orang panggil awak gitu. Kalau di rumah panggil sayang.

l Ada rancangan nak dapatkan anak?

Ada, siapa yang tak nak. Bergantung kepada rezeki Tuhan.

l Apa istimewanya suami baru ni Sheeda.

Dia banyak beri dorongan kepada saya untuk terus maju dalam hidup. Contohnya perniagaan ni. Dulu tak ada siapa yang nak bagi idea. Kata Shukry biarpun masih menyanyi, berniaga kecil-kecilan pun tak apa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: