![]() |
| |
WAH! Dalam diam-diam rupanya Umie Aida dah ada kafe butik. Namanya Belicious Boutique & Cafe.
Dan sesuai namanya, Joyah dengar-dengar kafenya menyajikan hidangan yang enak dan butiknya pula menghimpunkan koleksi terkini pilihan anak muda.
Joyah dikhabarkan hampir saban malam aktres popular menjenguk kafe butiknya yang terletak di Damansara Perdana itu. Selalunya, dia akan ke sana selepas selesai bersenam di sebuah pusat penjagaan kesihatan berdekatan kawasan itu.
Ramai jugalah para artis atau yang seangkatan dengannya dah menjamu selera dan membeli belah di kafe butiknya yang dikendalikan oleh adiknya, Betty.
Ramai juga yang memuji, bukan sahaja hidangan lazat, koleksi fesyennya juga menarik dan lebih penting, servisnya bagus. Ramah tamah dan tak sombong.
Apa pun, paling Joyah tabik ialah kerana Umie berani melebar sayap perniagaan yang dijayakan adik beradiknya itu pada saat dunia sedang mengalami krisis ekonomi. Malah khabarnya dia optimis terhadap perniagaannya itu. Sebabnya, harganya amatlah berpatutan. Baguslah begitu.
Sabtu ini (17 Januari), dia akan melancarkan kafe butiknya itu dan kepada sesiapa yang berminat nak menjenguk-jenguk apa yang ditawarkan oleh Belicious Boutique & Cafe, silalah ke sana. Khabarnya ada jualan prebiu dan banyak koleksi baru akan dipamerkan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: