Monday, January 26, 2009

Mula-mula Baju, Sekarang Kuku

Tak tahu hendak kata apa lagi. Walau pun AJL 23 sudah lebih seminggu meninggalkan kita, namun cerita tentang Superman ni tak habis-habis. Sudahlah ada suara-suara sumbang mengatakan Faizal Tahir langsung tidak layak memenangi satu pun anugerah pada AJL 23 yang lalu. Mengapa sampai begitu? Pendapat MM lah, kalau kita tak minat seseorang itu (dengan apa jua alasan, jealous sebagai contohnya) tak payahlah kutuk atau hina seseorang itu sebegitu. Rezekinya hanya menang tiga anugerah dan bukan anugerah Juara Lagu, hendak buat macam mana?

altBukan setakat itu sahaja, baru-baru ini pula ada yang bercerita dengan MM yang kononnya Faizal ni anak emas Media Prima lah dan sebab itu dia menang. Sebenarnya pada MM lah, cerita-cerita sebegini hanya datang dari mulut-mulut yang tak senang dengan kemenangan Faizal malam itu.

Sudahlah dengan pelbagai andaian diperkatakan apabila Faizal Tahir menyuarakan hasratnya mahu berehat seketika. Ada yang kata sebab dia kecil hati tak menanglah, dia dah bosanlah dan macam-macam lagi. Sedangkan terang-terangan Faizal akui dia mahu luangkan lebih masa dengan keluarganya sebab itulah dia mahu berehat. Cuba letakkan diri kita di tempatnya. alt

Pernahkah kita dengar Faizal ni takde aktiviti semenjak selepas One in a Million? Bukan sekadar menjadi penyanyi dan penghibur, Faizal juga berkebolehan menjadi pengacara dan sebab petahnya dia berkata-kata dia menjadi salah seorang pengacara Gangstarz. Jadi, berilah dia peluang berehat.

Belum pun reda cerita AJL, nah timbul pula cerita Faizal mengenakan pewarna kuku bewarna hitam di tangan kirinya sewaktu membuat persembahan final AJL 23. Dulu dia digam kerana tindakannya membuka baju, sekarang pasal dia guna pewarna kuku hitam. Akan tetapi, jika artis wanita berpakaian mendedahkan dada keterlaluan, artis wanita bertudung posing menonggeng, artis wanita dengan aksi tarian mengghairahkan, tidak pula ada yang bersuara! Adakah yang bersuara dalam kes Faizal ini orang yang dengki dengan kesenangan dan rezeki miliknya? Atau adakah kerana jika artis wanita melakukannya ianya mempunyai nilai komersil? Renung-renungkanlah!

1 comment:

  1. WOIII FAIZAL TAHIR..KO BLAH LA DARI IMEJ ROCK NIHHH...LU MEMANG TAK ROCK LANGSUNG LAA..BENCI LA AKU TGOK AKSI KAU YG NK PAKSA DIRI NK JADI ROCK NI..BERSUNGGUH2 KAU NK ORG LABEL KAU ROCK...BUAT MALU JER OTAI2 ROCK TGOK KAU NI..DAH LA KAU NI MCM BUDAK2 HINGUSAN YG TAKSUB DGN HERO BODOH KAU TU..SUPERMAN PAKAI SPENDER KT LUAR...TAU LA kau tu suka SUPERMAn tp xpayah la bermati-matian nk tunjuk kt org yg ko tu suka superman tuh..bangang btul!!semua kau nk mengada-NGada!tp paling Aku benci tu pasal kau cuba nk paksa Diri kau tu nk jadi Rock..hampeh la lu Bro lu x rock!!!Lu ni kalo penyanyi nasyid seswai laa...MIRWANA grup lama kau dulu..Amy SEARCh pun x buka Baju mcm kau la..kalo nk tnjuk MACAM la rock SAngat...AKU tak TAU la genre ROCK ape kejadah yg kau cuba tnjukkan ni...merosakkan IMEJ ROCk!!salute OTAI2 rock dulu..ROCK SEJATI!!!!!

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: