
JIKA Colin Farrell mencarut apabila terkejut, lain pula dengan Cash Warren, suami aktres seksi, Jessica Alba.
Pengarah kacak yang berjaya bertakhta di hati Alba itu dilaporkan menangis selepas dikejutkan oleh isterinya yang mengadakan kejutan majlis sambutan hari jadinya yang ke-30 pada 10 Januari lepas.
Alba seboleh-bolehnya mahu menjadikan acara sambutan hari jadi suaminya itu sesuatu yang sangat istimewa.
Merahsiakannya daripada pengetahuan Warren, Alba mengatur majlis tersebut di restoran elit di Las Vegas iaitu Tao Las Vegas yang menyaksikan kehadiran teman-teman rapat Warren dan Alba.
Warren yang terkejut besar kemudian menitiskan air mata sambil berkata, "Saya tidak menyangka akan diraikan dalam majlis yang penuh kejutan ini. Saya sangat berterima kasih kepada isteri saya dan rakan-rakan rapat kami.
"Memang saya cukup terperanjat dan gembira dengan majlis ini. Tangisan saya ini betul. Saya tak pandai berlakon."
Sebelum kejutan tersebut, Alba memberitahu Warren mereka berdua akan menghabiskan masa bersama di Canyon Ranch Spa selepas mendaftar untuk menginap di penthouse Hotel Palazzo Las Vegas.
Selepas seharian bersama, Alba membawa Warren untuk makan di Tao Las Vegas dan dikejutkan dengan 20 rakan baik mereka yang sedia menanti mereka di situ.
Kesemua mereka kemudian menjamu selera. Warren yang menyangka itu sahaja kejutan yang dibuat oleh isterinya terperanjat buat kali kedua apabila tiba-tiba muncul 60 orang lagi rakan mereka yang membawa kek hari jadi, dan ketika itulah Warren mula menitiskan air mata terharu.
Alba juga telah membawa band kesukaan Warren, Deadly Syndrome untuk membuat persembahan di situ selama setengah jam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: