Wednesday, January 14, 2009

Farrell mencarut di karpet merah


COLIN FARRELL dan (dalam bulatan) EVA MENDES


KEMERIAHAN majlis anugerah Golden Globe ke-66, Ahad lalu tercemar dengan kelakuan di luar dugaan aktor terkenal Colin Farrell yang tiba-tiba mencarut pada acara karpet merah.

Farrell yang mengungguli kategori Pelakon Lelaki Filem Komedi atau Muzikal Pilihan pada majlis anugerah tersebut sedang melangkah di karpet merah apabila dia tiba-tiba dihampiri penyampai TV, Nancy O'Dell untuk menemu ramahnya menerusi yang dipancarkan secara langsung itu.

Namun, pelakon Irish itu menghamburkan perkataan lucah dalam bahasa Inggeris yang bermula dengan huruf F, sehingga menyebabkan siaran langsung yang dikelolakan O'Dell itu terpaksa diganti dengan siaran iklan.

Kejadian itu sebenarnya bukanlah salah Farrell. Ini kerana dia sebenarnya melatah disebabkan terkejut selepas ditepuk bahunya dari belakang oleh aktres jelita Eva Mendes. Nampaknya Mendes bergurau tidak kena masa dan tempat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: