Wednesday, January 14, 2009

Paltrow buka rangkaian gim


Gwyneth Paltrow


GWYNETH PALTROW bakal melancarkan rangkaian gim di seluruh dunia bersama jurulatih peribadinya, Tracy Anderson.

Anderson sebelum ini telah banyak mengeluarkan DVD yang menampilkan kepakarannya itu dan salah satu DVD tersebut diarahkan oleh Paltrow sendiri.

Dia yang merupakan jurulatih peribadi Madonna sebelum ini pernah bergabung dengan Paltrow dalam rangka mempromosi gim miliknya di Los Angeles dan New York.

Justeru, mereka kini sepakat untuk bergabung membina francais gim di seluruh dunia termasuk di Eropah, Asia dan Australia.

Satu sumber memberitahu Mail On Sunday: "Tracy dan Gwyneth mahu terbabit dalam bisnes besar. Projek mereka berkaitan dengan gim bakal dibina di seluruh dunia."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: