BERTUAH menjadi Kate Beckinsale apabila memiliki suami yang bersikap terbuka dan tidak kisah berkawan dengan bekas kekasih isterinya.
Sebelum menjadi isteri Len Wiseman, Beckinsale terlebih dahulu menjalinkan hubungan dengan aktor Michael Sheen. Hubungan itu telah melahirkan anak perempuan bernama Lily yang kini berusia 10 tahun.
Beckinsale dan Sheen berpisah pada tahun 2003, namun mereka masih berkawan baik demi kerana Lily.
Justeru, apabila Beckinsale kemudiannya berkahwin dengan Wiseman, Lily memanggil Wiseman 'bapa', sama seperti dia memanggil Sheen.
"Disebabkan Lily, Len pernah membantu mencukur jambang Martin," akui Beckinsale kepada Contactmusic.
Tambahnya: "Michael menyimpan jambang yang hodoh baru-baru ini dan saya mencadangkan supaya Lily yang mencukur jambangnya itu.
"Ketika saya dan Len menemui Martin, Len telah membantu Lily mencukur jambang Martin itu. Pelik, tapi saya rasa Lily tidak rasa dia hidup dalam keluarga yang berpecah-belah kerana bapa tirinya membantu mencukur jambang bapa kandungnya."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: