Friday, January 23, 2009

Kasut tumit tinggi Downey Jr.


ROBERT DOWNEY JR.


ROBERT DOWNEY JR. terpaksa menahan kesakitan apabila diarahkan memakai kasut tumit tinggi dalam filem terbaru lakonannya, Sherlock Holmes biarpun watak yang dilakonkannya itu adalah lelaki.

Pengarah filem itu, Guy Ritchie mengarahkan Downey memakai kasut tumit tinggi ketika satu babak lakonannya bersama aktor British, Jude Law.

Ia bertujuan untuk menjadikan Downey, yang lebih pendek berdiri sama tinggi dengan Law ketika melakonkan babak yang sama.

Menurut sumber kepada akhbar British, The Sun: "Robert terpaksa menahan kesakitan berjalan ke sana ke mari di set penggambaran Sherlock Homes dengan memakai kasut tumit tinggi. Ini kerana Guy mahukan ketinggian Robert menyamai Jude."

Sebelum ini, Downey dilaporkan telah berlagak hebat di set penggambaran filem itu. Dia menjadikan seorang krew filem umpama hamba abdi bagi melayan pelbagai kerenahnya yang disifatkan oleh banyak pihak sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: