Friday, January 23, 2009

Miley ditegur angkara SMS


MILEY Cyrus dan Justin Gaston.


GARA-GARA bertukar-tukar SMS dengan teman lelakinya ketika di gereja, Miley Cyrus telah diberi teguran.

Cyrus, 16, dan model seluar dalam, Justin Gaston, 20, menghadiri suatu upacara di gereja di Montrose, California, apabila kedua-duanya kemudian saling menghantar SMS antara satu sama lain menerusi telefon bimbit masing-masing.

Perbuatan itu dilihat oleh penjaga gereja tersebut, menyebabkan Cyrus dan Gaston dipanggil dan diberi syarahan tentang menjaga perilaku ketika berada dalam gereja.

Satu sumber memberitahu majalah Amerika Syarikat, Star: "Miley dan Justin ingat tiada yang tahu mereka saling menghantar SMS ketika dalam gereja tersebut, tetapi seorang penjaga gereja berjaya menangkap perbuatan nakal mereka."

Biarpun dengan jarak umur yang jauh, ibu bapa Cyrus dapat menerima baik hubungan cintanya dengan Gaston kerana beranggapan lelaki itu seorang yang kuat agama.

"Keluarga saya tidak menghalang hubungan kami kerana Justin seorang yang kuat pegangan agamanya. Ya, dia seorang model seluar dalam, tetapi itu kerjayanya dan bukan pegangan hidupnya," tegas Cyrus.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: