Sunday, January 25, 2009

Kagum keberanian Rozita


ROZITA CHE WAN



SAYA amat tertarik dengan artikel yang ditulis oleh VAZZ mengenai Rozita Che Wan dalam Kosmo! Ahad minggu lepas. Saya juga amat berbangga atas keberanian Rozita untuk mendedahkan kepada umum mengenai tingkah laku VIP di Malaysia.

Tidak keterlaluan jika saya menyetujui apa yang ditulis dalam artikel tersebut. Saya harap pihak-pihak berkenaan dapat mengambil iktibar daripada pendedahan itu.

Sampaikan salam saya kepada keluarga Kosmo! dan juga Rozita Che Wan. Saya amat bangga dengannya. Semoga beliau dimurahkan rezeki pada tahun 2009 ini.

mohd_rishi@yahoo.com

Suka Rozita

HAI. Saya suka baca ruangan Portfolio hari Ahad minggu lalu iaitu kisah pelakon Rozita Che Wan. Boleh tak saya nak berkenalan dengan dia?

kelso70s@yahoo.com

Cekal ibu tunggal

ROZITA CHE WAN nampak ayu bersama bunga ungu. Saya harap dia dapat bersabar dengan segala yang dihadapinya.

Saya juga sebagai seorang ibu tunggal berharap dia tegas dengan pendiriannya. Surat terbukanya tempoh hari membuktikan bahawa wanita terutama ibu tunggal tidak boleh diperlekehkan.

Semoga dia cekal menghadapi hari-hari depan dan didoakan cepat dapat jodoh. Salam buat anak-anak Rozita.

Bukan mudah menjadi seorang ibu tunggal dan saya harap pandangan orang ramai terhadap Rozita dan artis ibu tunggal yang lain dapat diubah dengan surat terbukanya tempoh hari.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: