Tuesday, January 20, 2009

Dengarnya...: Pelakon jelita mula buat persiapan kahwin!


NAMPAKNYA pelakon jelita yang dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujang tahun ini akan ke Indonesia untuk membeli serba sedikit persiapan hari bahagianya. Cik Normah tak nak cakap siapa pelakon ini biarpun mulutnya masih terkunci untuk memberi tahu tarikh sebenar dia bakal menamatkan zaman bujang.

Pelakon ini akan ke sana pada penghujung bulan ini. Kalau benda betul kenapa perlu berselindung lagi? Tapi tak apa, Cik Normah faham perasaan pelakon ini lagipun dia bimbang takut benda yang dirancang tak menjadi pula kan.

Nampaknya, hampir setiap bulan artis kat Malaysia nak kahwin. Pelakon Sari Yanti dah selamat berkahwin dengan suaminya, Eddy Casmady pertengahan Januari lalu. Begitu juga Ako Mustapha dan isterinya Tina. Que Haidar dan Linda Jasmine, Insya-Allah akan kahwin Februari nanti.

Setakat ini, Mac belum ada lagi cerita mana-mana artis yang nak kahwin bulan itu. Yatt pula dikatakan akan berkahwin pada April ini. Emelda dan kekasihnya Adlin Aman Ramlie pun terpaksa tangguh kahwin sebab berdepan dengan masalah tertentu termasuklah sukar nak mendapat dewan mengadakan majlis kahwin.

Cik Normah pun tumpang gembira juga sebab bulan ini selain rakan artis yang nak kahwin, kawan Cik Normah yang berbadan montok pun akan menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihannya. Tahniah ye, Insya-Allah Cik Normah dan kawan-kawan akan ke majlisnya hujung bulan ini.

Harapnya tahun ini tidak akan mengulangi lagi kisah kontroversi 2008 yang dihiasi dengan kisah perceraian. Minta simpanglah ye. Amin. Nampaknya, Cik Normah kena laburkan duit lagi untuk menempah baju untuk melaram di hari bahagia rakan artis Cik Normah ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: