Tuesday, January 20, 2009

Dengarnya...: Suami artis genit bertanya minuman arak


LAGI cerita pada malam Anugerah Juara Lagu. Cerita yang ini membuatkan Cik Normah terkedu. Kawan Cik Normah, Donna Marcella yang turut menghadiri majlis post party AJL bercerita mengenai kisah suami kepada seorang pelakon genit ini.

Mereka baru saja berkahwin dan suaminya mat salih tetapi sudah memeluk Islam. Donna yang terdengar perbualan mereka pun terkejut, ini kan pula Cik Normah yang mendengar ceritanya.

Dialog suaminya berbunyi, “Where is the champagne?” terdengar apabila mereka sampai ke majlis post party. Tahulah suaminya itu mat salih, tapi kalau sudah berkahwin dengan orang beragama Islam, takkanlah tak ada sensitiviti langsung.

Sudahlah datang ke majlis yang rata-ratanya dihadiri orang Melayu dan minuman keras itu memang jelas haram hukumnya dan tak pernah dihidangkan pada majlis seumpama itu.

Ishhh... kenapa boleh jadi macam tu? Takkan tak reti menghormati budaya orang Melayu. Entahlah, Cik Normah malas nak mengomel panjang kisah ini, tapi memanglah tak wajar suaminya bertanyakan soalan itu. Entahlah, makan pengat sendiri mahu ingatlah. Harap saja muka suaminya kacak tapi bertanya soalan yang boleh menimbulkan tanda tanya.

Pelakon itu harus sedar apabila berkahwin dengan orang bukan Islam, maka tanggungjawab besar untuknya membimbing suami ke jalan yang diredai Tuhan. Jangan pula si pelakon itu pula yang terikut-ikut budaya dan gaya hidup Barat si suaminya. Bukan bermaksud Cik Normah nak menghentam kerana kubur kita masing-masing. Cuma selagi boleh nasihat, Cik Normah tergerak hati untuk memberi kesedaran.

image

Yang ini ke? Entah!

2 comments:

  1. ni apahal tunjuk gbr sarimah pulak...dlm artikel lain kata juliana ibrahim punya suami. Ii sarimah plak. Kalau tak sure, jgn main letak je gbr dia org. Ini dah jadi fitnah. Suami saya pun mat salleh, kdg2 dia og sebut tu setakau bergurau aje..jgn la ambik serius sangat sebab terus nak gossip pun tak baik.

    ReplyDelete
  2. Ni pehal letak gmbr Sarimah lak..better delete sebelum jd fitnah...

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: