Friday, January 23, 2009

Dengarnya...: Kalau sudah rezeki Sharifah Shahira dan Ani Mayuni



Sharifah Shahira dan Ani Mayuni

BOLEH dikatakan hampir setiap harilah Cik Normah dengar artis di negara kita kini sedang berbadan dua. Sebelum ini Cik Normah ada tulis mengenai Sharifah Aleya, Liza Hanim, Dynas, Sasha Saidin, Rosma, Melissa Saila dan Balkish Semundur Khan yang sudah berbadan dua.

Cik Normah tumpang gembira biarpun rezeki Cik Normah selepas sekian lama berkahwin untuk berbadan dua belum ada.

Berita seperti ini menunjukkan di sebalik kisah perceraian artis, sebenarnya ramai juga yang hidup bahagia. Itulah yang Cik Normah sentiasa harapkan. Kadang-kadang yang bercerai itu seorang dua tapi hebohnya macam ada 20 orang pula.

Cik Normah tumpang gembira dengan Erra Fazira yang kini sedang menghitung hari, dijangka akan melahirkan bayi perempuan pada 25 Mac ini. Tak lama dah tu.

Selepas dapat tahu bekas bintang Mentor, Nieyl pun sudah mengandung, Cik Normah diberitahu rakan sepejabat yang membuat tugasan pelancaran slot Senda Pagi, memaklumkan Ani Mayuni dan Sharifah Shahira pun berbadan dua. Ani Mayuni terang-terang datang berdepan kawan Cik Normah dan menunjukkan perutnya yang mula membesar. Ani sudah tiga bulan mengandungkan anak keduanya.

Berlainan pula dengan Sharifah Shahira, mulanya kawan Cik Normah hanya meneka saja yang dia mengandung. Rupa-rupanya memang betul dia mengandung tapi baru satu bulan. Amboi subur sungguh pelakon yang terkenal dengan panggilan Shira ini. Itu anak keempatnya hasil perkahwinan keduanya dengan anak aktres Maria Arshad, Ijoy Shaari. Rasanya Cik Normah baru saja datang ke kenduri cukur jambul anaknya dan sekarang Shira mengandung lagi. Itulah yang dinamakan rezeki.

Apa-apapun tahniah kepada semua rakan artis yang mengandung. Cik Normah doakan semoga semuanya baik-baik saja dan jagalah perkahwinan yang didirikan sebaik mungkin.

Oh ya... sebut mengenai perkahwinan, Cik Normah teringat pakaian sedondon Memey dan Norman Hakim masa sebutan semula kes khalwat mereka baru-baru ini. Hai lagi terang, lagi bersuluh mereka sebenarnya bercinta dan peminat pun sudah mudah jelak dengan 'sandiwara' mereka. Kahwinlah cepat-cepat, lagi senang tak payah main tarik tali, cakap itu ini. Upsss

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: