Thursday, January 22, 2009

Dengarnya...: Ayu semakin pandai pasang badan



Ayu

SEWAKTU Cik Normah melihat persembahan Ayu Oiam pada malam Anugerah Juara Lagu Ahad lalu, Cik Normah terpesona melihat imej baru Ayu yang persis penyanyi Whitney Houston. Amboi bukan main bergaya lagi anak dara Damit sekarang ini.

Cik Normah dengar ramai yang memuji imej baru penyanyi kelahiran Sabah ini. Nampak sangat perbezaan sewaktu mula-mula menyertai pertandingan itu. Iyalah, bila bergelar artis ini, Ayu kenalah rajin pasang badan. Persaingan dalam dunia nyanyian ini semakin sengit dan tak boleh nak harapkan vokal semata-mata walaupun itu sebenarnya perkara penting untuk bergelar penyanyi.

Dalam pada itu, Cik Normah lihat Ayu juga tak adalah duduk diam. Khabarnya dia sering juga mendapat undangan nyanyian sana-sini. Malah dia juga aktif dalam mempromosikan sebuah produk iaitu Kadria yang sering digunakannya ketika membeli-belah kerana ia dapat membantunya berjimat.

Walaupun bukan sebagai duta tetapi gadis hitam manis ini tak berkira untuk membantu mempromosikan produk yang boleh diketahui menerusi laman web www.kadria.com.my ini.

Cik Normah puji sikap Ayu ini yang tak kisah menyumbang tenaga dan masa. Bukanlah macam sesetengah artis yang cukup payah nak minta kerjasama. Lebih membuat Cik Normah sakit jiwa apabila diminta membuat kerja amal, perkara pertama yang ditanya ada bayaran tak? Letihlah nak layan manusia macam itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: