| CERITA mengenai majlis perkahwinan Mawi dan Ekin masih belum reda, walaupun laporan mengenainya sudah banyak disiarkan di akhbar dan majalah mingguan mahupun bulanan. |
Terbaru ramai orang meluahkan kepada SS yang mereka suka menyaksikan majlis persandingan Mawi dan Ekin yang diadakan di Palace Of Golden Horses, Seri Kembangan pada malam 11 Januari lalu dengan tema 1001 malam. Ia turut disiarkan secara langsung oleh Astro Ria.
Sebelum itu lagi ada peminat setia Mawi bertanyakan mengenai majlis pernikahan dan persandingan yang diadakan di Felda Taib Andak, Kulai Johor dan pernikahan di Johor Bahru, Johor.
Mereka berkata walaupun ia disiarkan di Astro ada antaranya masih tidak berkesempatan menontonnya dan tidak kurang juga yang berasa kurang puas dengan paparan di televisyen.
Kalau begitu, SS sarankan kepada peminat setia atau mereka yang mahu melihat koleksi pakaian, hantaran dan hiasan dewan termasuk pelamin ketiga-tiga majlis diadakan Mawi ini, bolehlah mendapatkan buku khas yang dihasilkan berjudul Kau Tercipta Untukku.
Ia bukan saja memaparkan mengenai majlis pernikahan dan persandingan tetapi turut merakamkan gambar menarik dan saat-saat awal percintaan pasangan yang mendapat jolokan Kikin dan Wiwie ini.
Khabarnya buku khas dihasilkan ini dijual macam goreng pisang panas, jadi kepada mereka yang mengeluh tidak berkesempatan menyaksikan atau menghadiri majlis perkahwinan yang digelar majlis perkahwinan paling hebat tahun 2008 bolehlah membelinya.
Kepada mereka yang mahu berkahwin, buku ini boleh dijadikan bahan rujukan bagaimana mahu mengadakan majlis sehebat pernikahan dan perkahwinan Mawi dan Ekin.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: