Saturday, January 24, 2009

Cukup Panas : Abby Abadi Dan Zul Bercuti Bersama Di Luar Negara!

image

HULU KLANG: “Jangan salah sangka dengan pemergian kami ke keluar negara. Kami ke Guangzhou, China, minggu lalu untuk meninjau peluang perniagaan.
“Sudah lama saya bercadang hendak berniaga barangan fabrik dari sana. Saya bercerita dengan Abby hasrat itu, tak sangka pula dia berminat,” ulas Zulkifli Ariffin, 23, atau Zul Ariffin, mengenai pemergiannya bersama Arbaeyah Abdul Manan, 31 atau Abby Abadi ke China, baru-baru ini.


Menurutnya, jika ada yang menuduh dia dan Abby pergi bersuka ria di sana, di tanah air pun mereka boleh berbuat demikian. “Tidak perlu pergi sampai ke luar negara. Tetapi kami pergi ke Guangzhou untuk meninjau peluang perniagaan. Baru hendak tengok barang apa yang boleh diniagakan, kualiti barangan dan harganya. Di sana terlalu banyak pilihan.


“Saya tak berani hendak cakap lebih mengenai hasrat kami kerana baru pada peringkat merancang. Tak tahu bila perniagaan itu akan dimulakan,” katanya yang ditemui pada pelancaran filem Evolusi KL Drift 2 di Finas di sini, semalam. Katanya, dia dan Abby ditemani abang angkat dan seorang rakan yang mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan di Guangzhou.


Mereka ke sana selama enam hari iaitu 16 hingga 22 Januari lalu. “Bagaimanapun, kami balik berdua kerana abang angkat dan rakannya meneruskan perjalanan ke Beijing dan Hong Kong untuk melihat barangan fabrik lain,” katanya yang terpaksa balik dulu bersama Abby.


Ini kerana dia perlu menghadiri pelancaran filem Evolusi KL Drift 2 hari ini (semalam) manakala Abby pula menyambung penggambaran drama. Sebenarnya, Zul berkata, mereka ke Guangzhou `langkah kiri’ kerana kedai banyak ditutup berikutan masyarakat Cina sibuk membuat persiapan menyambut Tahun Baru Cina. “Kalau ada kedai dan premis perniagaan yang dibuka pun, tutup seawal jam 5 petang. Jadi saya bercadang ke sana lagi tetapi kali ini mungkin Abby tidak pergi kerana dia terikat dengan jadual penggambaran,” katanya.


Ditanya bagaimana Abby berminat menyertai perniagaan itu, jelasnya, sebelum berkenalan dengan Abby, dia memang bercadang berniaga dalam bidang fabrik. Baru-baru ini, Zul bercerita mengenai hasrat berkenaan kepada bekas isteri Norman Hakim itu yang menunjukkan minat demi masa depan anak.


“Jadi saya fikir apa salahnya, jadi kami pergi meninjau dulu jenis barangan yang boleh diniagakan di sini. “Saya tahu apabila ada pihak mengetahui kami ke luar negara pasti ada membuat tanggapan bukan-bukan. Saya tak kisah orang hendak kata kerana saya tahu niat dan apa yang saya lakukan. Kalau asyik mendengar cakap orang, saya tak akan ke mana dan hidup saya tidak akan berubah,” katanya.


Zul menyatakan tiada niat untuk menyembunyikan pemergian mereka ke China daripada sesiapa.
“Namun, masih ada yang musykil kenapa kami lewat pulang ke tanah air sehingga menyangka kami cuba mengelak daripada diketahui umum. Kami pergi dan balik mengikut tiket yang sudah ditempah dengan syarikat penerbangan, cuma ketika hendak balik jadual penerbangan tertunda dari jadual asal iaitu sepatutnya berlepas pada jam 8.45 malam dan tiba jam 12 tengah malam.


“Disebabkan kelewatan itu, penerbangan kami sampai pada jam 1.30 pagi semalam (22 Januari). Selepas itu terpaksa tunggu bagasi dan sementara tunggu kakak saya sampai, kami melihat-lihat barangan di kedai di balai ketibaan. “Sebab itu kami keluar lambat dari balai ketibaan. Bukan kami sengaja menangguhkan jadual balik dan bersembunyi dengan alasan mengelak orang tahu mengenai kepulangan kami ke tanah air,” katanya.


Menyentuh hubungannya dengan Abby yang semakin rapat, Zul tetap menegaskan mereka cuma berkawan. Dia juga dilihat sering memandu kereta Abby, Honda Stream putih. “Bagi saya soal pandu kereta Abby itu perkara remeh. Saya akui ada kala saya segan dan takut mengenangkan pandangan masyarakat terhadap saya. Terfikir juga alangkah bagus jika kerjaya saya menjadi fokus utama.


“Tetapi kerana saya memilih menjadi anak seni, terpaksalah terima. Selagi saya berada dalam dunia glamor, selagi itulah orang akan bercakap mengenai saya. Kini saya semakin lali dengan kata-kata orang,” katanya. Dia kini terpaksa menerima hakikat kesannya apabila menjadi orang dikenali, termasuk cerita baik atau sebaliknya. “Namun, tanpa publisiti orang tidak tahu kewujudan saya dalam bidang seni,” katanya.

52 comments:

  1. abby kau nie 2x5, 5x2 aje... haiii... alasan-alasan... masuk akal ke cari bisnes dekat negara china.. kat malaysia nie takde sangat ke bisnes sampai kena pegi negara cina?

    ReplyDelete
  2. nie namanya orang muda dapat milf!

    ReplyDelete
  3. aku suka abby ngan zul 2..norman pon buat hal kan...biar la abby dgn cara dia untuk dapat kebahagian...ko jeles ke abby 2 dapat laki muda...?

    ReplyDelete
  4. fair.. kau nie zul ke?

    ReplyDelete
  5. Fuh! Sapa yang lagi gatal? Kena tangkap khalwat ke kantoi bercuti di luar negara? Konon2 nak balas dendam, nak tunjukkan yang dia pun boleh makan 'buah muda'. Apa nak jadi la orang kita ni. Harap2 Abby dan Zul tak buat benda2 terkutuk.

    Short-Talk: Abby & Zul

    ReplyDelete
  6. aku gelak je kat dua2 artis.
    norman dan abby..
    memey dan zul pun aku gelak gak..
    itulah hidup artis...hahaha

    ReplyDelete
  7. abby norman dulu masa nak kahwin senyap2. tipu wartawan.masa cerai riuh 1 malaysia!sekarang both of you dapat buah mudah .. har..har.. telan la slow2 yer...

    ReplyDelete
  8. i suka sangat lihat abby ngan zul,tp i tak suka and benci lihat muka Norman ngan Memey....Khalwat,menggatal sampai ke akhir hayat ler nampaknya si Norman tu...Confirm anak2 nyer tak suka lihat perangai ayahnya yang pernah di tangkap khalwat suatu masa dahulu...renungkanlah ....

    ReplyDelete
  9. weh anonymous... kau nie apa sokong sangat si Abby nie? aku bet anak-anak dia pun lagi tak suka mak dia pegi bercuti luar negeri dengan buah muda! kau renungkan lah jugak ye...

    ReplyDelete
  10. nak dijadikan cerita...si zul nie rupa-rupanya dah ada kekasih dah... kekasih muda di tinggalkan untuk janda yang belum cukup edah!

    ReplyDelete
  11. tp makcik dan kenalan aku yg lain mmg slalu gi ghuangzou sana tu survey brg..balik msia pack cantik2, jual kat kedai2 tertentu, untung pun bnyk..blehlah nak buat modal..ape pun, ape2 pun leh jadi...

    ReplyDelete
  12. aby g china ngan buah muda anak dia tinggal ngan sape ye kesian baby tu

    ReplyDelete
  13. ghuangzou terkenal jual barangan ciplak! nak buat bisnes jual barangan ciplak seperti beg tangan gucci, baju polo kot?

    ReplyDelete
  14. Ahahaha...you all ni tiada hidup ka, tau dok depan computer jek cakap buruk orang, fitnah khalwat la, ini lah itu lah. Judgemental betul lah!!! kenapa, you all fikir u all semua ni sempurna sangat ke?? Tak melakukan dosa??

    You all pernah nampak si Abby berkhalwat dengan MATA SENDIRI ke nak fitnah fitnah?? She is a FREE woman, she has been THROUGH a lot!! SUKA HATI dia lah nak buat apa!! Berdosa atau tidak, itu antara Abby dengan Tuhan! Hanya ALLAH yang boleh JUDGE dia bukan orang-orang yang suka baca blog GOSSIP (termasuk I!)!

    Kalau you people worry sangat pasal anak2 Abby, dan tanggapan anak2nya kelak.. SHUT UP! Sebab semua perkara buruk2 ni terkeluar dari mulut2 orang macam kamu ni lah, atau media2 yg saja2 nak panaskan cerita! I'm sure ABBY is a good mother, and those children will grow up knowing their mother PERSONALLY. Bukan percaya kepada pihak media atau mulut tempayan orang.

    Things happen for a reason. Good or bad its up to the individual.

    LEAVE ABBY ALONE!

    ReplyDelete
  15. oiii... dah namanya blog gossip... orang kena lah gossip...yang kau buat sini tu apahal? abby tu dah namanya selebriti...so apa yang dia buat tu hak kita semua...takkan nak biaq dia buat suka hati dia aje...cari buah muda...masa tengah edah lagi... kau nie buta ke? dah terang benderang nampak dah!

    ReplyDelete
  16. Si Abby ni pun sebenarnya 2 kali 5 jugak. Gatal..... Yang kau pergi keluar negeri berdua tu apa hal... bagi lah sejuta alasan pun. Orang tahu dan nampak ke apa kau buat berdua kat negara luar tu. Kau tu janda dan baru bercerai pulak. Takkan tak tahu halal haram. Pergi pulak bukan denganadik beradik tetapi macam boy friend yang satu Malaya dah tahu kau berkepit sana sini, keluar gambar dalam majalah macam laki bini. Salah kaulah. Lain kali jaga kelakonan kau. Cakap aje pandai... diri sendiri tak tahu jaga.

    ReplyDelete
  17. Yelah yelah...betul lah mereka ni selebriti. Kalau korang dibayar untuk bergossip tentu kamu semua ni jutawan. Suka hati kamu lah nak cakap ape pasal dorang ni. Inilah dinamakan 'The Price of Fame' jadi tumpuan orang awam.

    I pun suka masuk blog gossip, tapi if ada benda2 i tak suka pun i geleng kepala ja. Tak main lah hina-hina orang ni.

    Tumpang simpati lah dengan Abby dan semua selebriti, rupa-rupanya kamu ni sudah jadi hak orang-orang yang kamu tidak kenali.

    ReplyDelete
  18. setuju pasal abby... dia sekarang selebriti...kita semua ada hak untuk tau segala gerak-geri dia... aku yang sebenarnya kesian kat amelina...dia dah taknak orang tau pasal dia dah... tapi wartawan-wartawan cabul nie dok menyibuk2 pasal dia... itu aku memang tak setuju!

    ReplyDelete
  19. aku dulu mula2 kesian kat abby nie... memang marah dengan normal dan memey... tapi sekarang aku meluat tengok si abby dah.... ada kesian pulak kat norman... aku rasa abby yang rancang segala-galanya... norman tu balik rumah memanjang panas telinga aje kot!

    ReplyDelete
  20. aku juga kesian kat abby..nangis2 pasal norman buat hal..tapi apsal nak ank2 jadi mangsa?sanggup tinggal kan anak sampai ke china lar pula.anak or bisnes lagi penting?bisnes pun tak sure lagi bila start..

    ReplyDelete
  21. Aiii abby..neg tgh gwt pn nk wt bsnes kt china???
    blh cye ke?????bnyk ke duit??????????

    ReplyDelete
  22. KHAIRUN FATINNADIAH

    weh..dah jgn kate mengata....nanti org yg mengata tu pon akan di 2x5 kan jugak baru tau..in my mind say lah kan..abby n norman ,zul n memey tuh yang bersalah..norman in his mind maybe nak tmbh lagi sorg kot.tpi abby tak mau,so jadilah begini.norman dan abby dah kehidupan masing2..artis macam tuh lah.kalau kwin sesama artis jadi mcm ni lah..insyallah mereka diampuni ALLAH...kita pon mudah2an dijauhi perkara2 x baik ni oleh ALLAH...amiiin...komen balik syer yer di khairun_fatinnadiah@rocketmail.com

    ReplyDelete
  23. ala.......dua kali lima jgk...

    ReplyDelete
  24. dah la wehh.... jgn mengata org.biarlah dia nk buat apa..

    ReplyDelete
  25. meluat lah kisah diorg ni,,,kalau beli metro ada cerita diorg,,rasa rugi ja rm.0.20

    ReplyDelete
  26. eh bukan mamat ni selalu keluar dekat iklan ker....BERKAT...

    BETUL BETUL BETUL (Upin&Ipin)

    ReplyDelete
  27. ada gambar terbaru, bukan main sexy minah abby nie sampai nampak dada semua!

    ReplyDelete
  28. dasar artis............memang macam tu

    ReplyDelete
  29. dengan VIP2 semua kejar si janda nie sama!

    ReplyDelete
  30. Aku kalau ade peluang...
    nak juga......

    ReplyDelete
  31. bangang betul sape bagi gambo satu cam tu... baek xyah bagi.. simpan sikit bangang tu untuk anak cucu.. xbest lgsg gambo.. x merangsangkan.. ntah ape2 r ka ni bagi gambo.. macam bodo.. burit mok betul.. boloq.. natang hanjing... kapang.. haram kejadah.. sape congek?? mu congek.. naek ngan awek pakai songkok congek...

    ReplyDelete
  32. biar la dye org g.. yg korg nie nk kecoh2 pehal lak?? dye da jande, xkn ny bini org lg dah.. even dye artist pun she deserve to get a new & better life.. x slh nk cri org mude2.. kalu org tue2 da x leh d prcye..cuti sesame pun kecoh.. ade die org mintak duit kamu sume ke nk g chine 2?? pigidah !!!

    anti_gossip_girl...

    ReplyDelete
  33. aku rasa abby mengedik norman men gatal mcm biawak ngan kalejeking.

    ReplyDelete
  34. aku lagi nak tgelak nengok korang seme hahah

    ReplyDelete
  35. aku tak rasa abby tue mgatal or wat ever,coz selama ni pun dah brpa kali dia di tipu oleh norman. memg pttla dia bebas mcm tue. soal anak tue,biarlah abby urus,dia juga yg bagi anak dia makan bkn korangkan.

    ReplyDelete
  36. aku percaya gak yg dorang ni g nak survey fabrik tok bisness. coz my cousin pun mcm tu..dia mmg salu ke india, dubai, china jugk sbb utk survey dan tinjau barangan dari sana. bermutu dan cantik. yg aku heran kenapalah korang semua jeles dan mengutuk tanpa hujung pangkal. cubalah berfirian positive sikit. suka beranggapan buruk pada seseorang adalah perbuatan yg tidak baik. nauzubillah..

    allah itu ada dan tah apa yg mereka buat.
    so korang2 jgnlah nak memfitnah or gosip yg bukan2

    ReplyDelete
  37. dua-duanya gatal..abby puu gatal jugk tu
    ,lagila ex-lakinya norman dapat memy yang dah memang gatal jugak...samala dorg tu abby gatal,norman lahi gatal,zul tambah gatal,memey lagi2 gatal..kekekeke kesian artis malaysia ni...

    ReplyDelete
  38. oi zul klu iya pun ko nak menipu,ko cari la idea len yg logik,ni ko ckp pigi china nak cari bisnis pala hotak kau bisnis,taula klu dekat malaysia ni ko dengan janda getek tu takut jadi cam norman&memey sundal tu kan..itula pasal ko pigi china takda jabatan agama nak tangkap ko plak dgn abby kat sana...

    ReplyDelete
  39. lew..ape la..dok bergosip kt sini tp life sendiri ade ke terjage?..ape la korang ni..n judge pon takyah la smpi cm nk hasut org benci org sane sini..cube la pk..kalu org termakan hasutan gosip korang,bukan ke da makin besar dose korang..hohoho..tak kisah la cmne dorang nk hidup tp doakn la dorang (n kite jgk) sentiase hidup dpt pedoman dr Allah/tuhan..tak kire sape dorang..oke?

    ReplyDelete
  40. eleh abby,KAU PUN 2X5 SAJA DGN NORMAN-MEMEY...BLUM APE2 DAH MENGGATAL DGN LAKI MUDA..PASTU TAK PAYAHLA NK KUTUK2..NK KOMEN2 PASAL NORMAN KT MEDIA..DAH ENGKAU PUN SAMA GATAL JUGEK..KO MEMG EMOSI JER LEBIH..TP HATI DI DALAM TAK TEGUH LA..NAMPAK SGT..CEPAT SANGAT!!ARTIS2...MEMG BODOH CAP AYAM..

    ReplyDelete
  41. abby: janda milf haus! zul: gigola muda bangsat!

    ReplyDelete
  42. ape laa kowg nih,,
    ske aty dye laa na wtpe pn..
    dr wt mnde2 x elok,,khalwat..baek wt mnde yg b'faedah..tol x??
    at least dye tw ape yg dye wt x slah..
    psl ngan zul tu,,abby pn ade prasaan jgk..
    i don't think yg abby na blas dndam..
    ngn cpew dye na g pn dye nye psal..
    klo ade jdoh kwin,,kn??

    ReplyDelete
  43. yer betoi aku sokong..wat per nk sakit ati ek..
    nak komen????
    cuba anda bayangkan anda pula yg di komen???
    bleh ker terima baik buruk diri anda???
    kita x mengenali diri kita sndiri.. itu kenyataan idup k.
    minda kena maju n pikiran kena matang k.
    sampai bila pun kalo citer ni di buka x kan abis.so..
    biar,perhati,mendengar pda pkara kebaikan agar jdi pedoman utk idup kita.gua pun bukan baik sangat..tpi sedih ar tngok anak malaysia bpikiran negatif dn kolot.cuba komen yg baik2 utk kesedaran..u all smua,appy 4 u life k

    ReplyDelete
  44. berita lama....abby dan zul dah hancur berkecai menurut berita terkini!

    ReplyDelete
  45. dah berkecai?? mungkin dah rasa kot!

    ReplyDelete
  46. leks ar..skrg neh die bkn milik spae..die ada hak plih sesipa..tp jgn meruntuhkan umah tangga owg sdah la..yg nmpk alim pon da meruntuhkan umah tngga owg len...

    ReplyDelete
  47. Kalau korang jadik artis.... korang pun camtu jugak lah. Ntah-ntah lagi teruk. Kesian aku nengok korang ni. Susah payah nak masuk neraka sebab artis...

    ReplyDelete
  48. memang artis kalau tak merapu buakan artis lah namanya.bila dah tak laku dan tua baru rasa nak nyesal.

    ReplyDelete
  49. gi china 2 buat bisnes ke???
    ank 2 tnggl kat aner???

    ReplyDelete
  50. bersabar aja lah abby saya peminat awak mesti sokong awak so kenapa orang disini bodoh sangat ha2x. betul kata abby yang kamu orang sibuk2x hal kenape tak kerja lain ke nak kotor3x kan nama abby. bersabar lah abby berdoa lah kepada tuhan supayah mulut2x orang disini akan berubah so mereka tu cemburu sangat.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: