ZUBIR sering melatih diri untuk berfikiran terbuka, justeru apabila mengetahui ataupun diberitahu adanya pasangan artis yang belum bernikah, tapi sudah pun hidup persis pasangan suami isteri, Zubir tidak terkejut, malah menganggap ia sesuatu yang lazim walaupun di sisi agama ia adalah satu dosa. Maka, pepatah seperti ini akan sering kedengaran, biasalah kubur lain-lain, dosa tanggung sendirilah!
Pun begitu, sesekali ‘kelaziman’ ini perlu juga Zubir paparkan di sini supaya tidak terus menjadi barah, sekali gus membiarkan peminat menghukum artis dengan pelbagai perspektif negatif, artis biasalah, celup sana celup sini, ‘test drive’ sebelum kahwin, agak-agak tak best, tak payah kahwin!
Terbaru Zubir teropong, seorang sumber yang rapat dengan bintang Akademi Fantasia 5 (AF5) dah pecah lubang apabila memaklumkan kepada Zubir, pasangan kekasih rancangan realiti itu sudah hampir tiga bulan tinggal serumah.
Sekiranya benar, masih belum terlambat memperbaiki kesilapan. Sayangilah bakat yang dikurniakan kepada anda, jangan mensia-siakan hari muda anda dengan keseronokan dunia semata-mata, kalau kantoi, sorok muka dalam mangkuk tandas pun, tak berguna lagi.
sapa ya?
ReplyDelete