DI kala ada yang mempersoalkan di mana kelibat artis tempatan untuk membantu rakyat Palestin di Gaza, Rockers United (RU) dengan kerjasama Kesatuan Bulutangkis Melayu Muda (KBMM) menganjurkan kejohanan badminton amal Tangkis Untuk Palestin. |
Justeru, jam 8 malam ini bertempat di Dewan Sukan Komuniti Bukit Damansara, orang ramai berpeluang menyaksikan artis seperti kumpulan Wings, Def-Gab C, Slam, Farouk Hussein, Adi Fashla, Pretty Ugly dan 6ixth Sense bermain badminton.
Tidak ketinggalan, penyertaan kelab peminat Sayap-Sayap Wings yang turut sedia menjayakan kejohanan amal merangkap persahabatan itu.
Ia bagi mengumpulkan dana meringankan bebanan hidup serta keperitan rakyat Palestin.
Apapun, kejohanan ini turut mendapat sokongan legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek, Jailani Sidek dan pemain kebangsaan, Roslin Hashim akan membicarakan topik Badminton Di Hati Saya serta menyediakan klinik badminton buat pengunjung yang hadir.
Istimewanya lagi kejohanan ini apabila ia bukan saja untuk tugas amal dan mengumpul dana, tetapi lebih utama untuk mewujudkan sikap prihatin masyarakat terhadap kesengsaraan ditanggung orang lain seperti mangsa perang di Palestin.
Peperangan dilancarkan rejim Zionis ke atas Palestin itu sewajarnya dikecam.
Ia berikutan, golongan tidak berdosa seperti wanita, warga emas dan kanak-kanak menjadi mangsa kekejaman. Betapa banyak nyawa sudah terkorban dek konflik yang berlaku.
Sehubungan itu, dengan dana yang berjaya dikumpulkan nanti akan terus disalurkan kepada Mercy Malaysia bagi tujuan membantu mangsa perang berkenaan.
Justeru, kepada orang ramai diharapkan tidak lepas peluang hadir ke kejohanan ini.
|
Bagaimanapun, bagi pasukan berjaya hadiah bakal disampaikan Penasihat Kelab Badminton Nusa Mahsuri, Jailani Sidek.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: