GEMERSIK suara mereka sentiasa memenuhi ruang mana-mana konsert berskala besar mahupun bertaraf prestij, namun tidak ramai yang menyedari akan kelibat dan kehadiran 'komuniti seni' ini.
Terlindung di sebalik gemerlapan bintang, aura penyanyi serta kerancakan alunan instrumen muzik orkestra, mereka yang sentiasa tampil dengan senyuman dan baju sedondon ini sering kali dipandang sepi dalam kalangan peminat hiburan.
Bukan salah penonton, kerana pastinya figura penyanyi pujaan mereka lebih mendominasi tumpuan. Apatah lagi, sudah beratusan malah ada mencecah ribuan ringgit telah dibelanjakan hanya semata-mata untuk satu tiket persembahan.
Akan tetapi, tahukah anda bahawa 'komuniti seni' yang selalu dianaktirikan ini sebenarnya telah banyak menabur jasa dalam menjayakan persembahan seseorang artis?
Digelar 'penyanyi latar', mereka memainkan peranan amat penting dalam sesuatu konsert muzik. Apatah lagi, apabila ia melibatkan konsert besar dan penuh prestij yang turut sama meliputi dendangan instrumental muzik orkestra.
BUKAN SEMBARANGAN
"Kebanyakan orang tidak faham dan pandang sebelah mata sahaja pekerjaan kami sebagai penyanyi latar. Mereka menyangkakan karier ini senang sekadar mengiringi persembahan penyanyi utama.
"Walhal, bukan mudah sebenarnya menjadi seorang penyanyi latar malah ia agak sukar," kata Izzad Izzuddin Borhan atau lebih dikenali sebagai Jad Lobo kepada Bernama.
Sentiasa tampil dalam kumpulan seramai tiga atau empat orang, penyanyi latar memainkan peranan untuk mencantikkan susunan melodi sesebuah lagu dengan menyanyikannya secara harmoni ketika mengiringi persembahan artis.
Bagaimanapun, masih ramai beranggapan bahawa pekerjaan ini sekadar memerlukan suara yang bagus sudah cukup untuk menjadi penyanyi latar. Walhal, ia lebih daripada itu dan peranan mereka sebenarnya lebih sukar daripada penyanyi utama.
"Ya, betul penyanyi latar perlu mempunyai suara dan bakat dalam seni.
Tetapi, ia perlulah dengan pengetahuan asas muzik secara praktikal mahupun teknikal dan pandai membaca nota muzik," katanya.
REPUBLIK MALAI
Berpengalaman selama 16 tahun sebagai penyanyi latar, Izzad Izzuddin adalah seorang daripada kumpulan penyanyi latar profesional yang kini begitu aktif mewarnai industri hiburan tanah air.
Dikenali sebagai Republik Malai, kumpulan ini yang terdiri seramai sembilan orang dan ditubuhkan sejak 10 tahun lepas, mempunyai impian besar untuk mengangkat kerjaya penyanyi latar ke tahap lebih profesional.
Selain membuka mata masyarakat mengenai peranan penggiat seni ini dalam sesebuah persembahan pentas mahupun program televisyen.
Ketika ditanya mengapa penyanyi latar perlu mengetahui nota-nota muzik yang selalunya digunakan dalam kalangan pemain instrumen muzik, beliau berkata ada sebab tersendiri mengapa ia sebaiknya dipelajari.
Berbanding penyanyi utama, yang hanya tertumpu kepada penyampaian sesebuah lagu sahaja.
SUMBANG
"Penyanyi latar lazimnya dikaitkan dengan 'nyanyian harmoni'. Ia merupakan nyanyian melebihi satu suara kerana setiap ahli dalam sesebuah kumpulan perlu menyanyikan bahagian masing-masing mengikut intonasi nada tertentu.
"Dan, nada itu tidak sama antara satu sama lain. Setiap pergerakan muzik mempunyai nilai not (jenis-jenis not yang akan menentukan rentak atau nilai nada lagu yang dimainkan) tersendiri.
"Sekiranya kita main belasah sahaja, kadang-kadang ada not berlanggar dan ini boleh menyebabkan bunyi sumbang sehingga mencacatkan persembahan," kata Izzad Izzuddin.
Contohnya, dalam sesebuah melodi lagu terdapat satu bahagian yang memerlukan penyanyi latar menyanyikan pada bahagian 'chord C', iaitu gabungan not C, E dan G secara serentak.
Maka, di sinilah kepentingan ilmu muzik yang difahami oleh penyanyi latar kerana daripada situ mereka berupaya mengenalpasti bahagian mana yang perlu dinyanyikan mereka.
Contohnya, penyanyi latar pertama dikehendaki menyanyikan di bahagian not C, manakala yang kedua di bahagian not E dan seterusnya pada not G secara serentak.
Ia, nampak mudah tetapi tidak sebenarnya.
Ini kerana, ia perlu diselaraskan dengan pengawalan keseragaman dan keseimbangan suara, pernafasan, intonasi suara yang bergantung kepada lirik dan artikulasi sebutan yang dikehendaki.
ETIKA
Mereka juga perlu arif dengan segala bunyi not-not muzik berkenaan dan oleh itu kepekaan serta deria pendengaran yang amat baik penting buat penyanyi latar.
Dalam masa sama, adalah sebaiknya setiap ahli kumpulan penyanyi latar mempunyai julat suara berlainan antara satu sama lain yang bertujuan mencantikkan lagi persembahan sesebuah lagu.
Biarpun demikian, suara penyanyi latar tidak boleh melebihi muzik atau penyanyi asal. Ini kerana, tumpuan utama dalam sesebuah persembahan adalah penyanyi asal, utama dan bukan mereka.
Disebabkan itulah, kedudukan penyanyi latar kebiasaannya di belakang dan tidak disedari ramai biarpun peranan komuniti seni ini sebenarnya penting dalam mencantikkan sesebuah lagu.
"(Bagaimanapun) di dalam sesebuah persembahan, sebarang kebarangkalian boleh berlaku di mana penyanyi latar kadangkala terpaksa mengambil tempat ke atas nyanyian itu.
"Ini, mungkin terjadi disebabkan oleh masalah teknikal ataupun bagi membantu penyanyi tersebut melancarkan persembahan," jelasnya.
Ketika diminta mengulas mengenai khidmat penyanyi latar, Izzad Izzudin berkata ia tidak hanya tertumpu kepada konsert besar dan program televisyen sahaja.
Malah, mereka juga menjadi tumpuan sesetengah komposer untuk menggunakan penyanyi latar dalam penggubahan sesebuah lagu.
"Bukan semua komposer yang menggubah lagu menggunakan perkhidmatan penyanyi latar. Lagu Datuk M.Nasir, banyak memperlihatkan peranan penyanyi latar secara keseluruhan," katanya.
PROSPEK KERJAYA
Buat masa ini, tiada kursus khas yang diajar di universiti (fakulti muzik) bagi pendidikan nyanyian latar walhal prospek kerjaya dalam bidang ini sangat luas.
"Alhamdulillah, sehingga hari ini bayaran yang kami terima sebagai penyanyi latar profesional adalah amat memberangsangkan. Namun, ada juga yang mengambil kesempatan dan memandang remeh tugas kami.
"Ada juga yang menganaktiri dan membezakan penyanyi latar tempatan dengan luar negara seolah-olah bakat dan pengalaman kami tidak setanding dengan mereka.
Ini, dibuktikan dari segi bayaran," katanya.
Lazimnya, Republik Malai akan menolak dengan baik mereka yang menawarkan harga sangat rendah kerana kebanyakan ahli kumpulan ini telah berpengalaman lebih 15 tahun dalam industri seni.
Apatah lagi, kumpulan ini yang turut dianggotai Yuaz, Mael, Awe, Fazril, Baby Akma, Juanita, Eja dan Widy sering bekerjasama dengan pengarah-pengarah dan produser muzik hebat seperti Datuk Mokhzani Ismail serta Prof Datuk Dr Johari Salleh.
Malah, antara persembahan yang telah dijayakan mereka ialah Konsert Datuk Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall London, Konsert Diraja Brunei, Pahang, Perak, konsert di Istana Budaya dan beberapa teater muzikal.
KONGSI
Menariknya, pengalaman dan kemahiran yang dimiliki Republik Malai turut dicurahkan kepada mereka yang ingin berkecimpung dalam bidang penyanyi latar.
Nor Azura Abu Bakar, 31, sering kali diberi peluang menjayakan sesuatu persembahan muzik bersama Republik Malai sekiranya ada ahli kumpulan ini tidak dapat bersama menjayakan konsert tersebut.
Terbaharu, adalah Konsert 'Raja dan Rakyat Berpisah Tiada'
"Banyak saya belajar dengan Republik Malai. Mereka sangat hebat dan profesional. Menariknya, mereka menggunakan nota angka bagi kebanyakan persembahan dan rakaman.
"Ia adalah kaedah paling mudah, tepat, cepat, mesra dan ringkas dalam mendapatkan pembahagian not serta senang untuk dinyanyikan," kata pensyarah Pusat Seni Pentas Tradisional (Putra) di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: