PETALING JAYA: Penyanyi Sarah Raisuddin mengakui cukup berdisiplin dalam menurunkan berat badan sebanyak 26 kilogram (kg) semata-mata mahu suaminya, Shuib (Sepah) senang melihatnya.
Sarah, 31, berkata, sebagai seorang isteri, dia enggan memiliki tubuh badan yang besar sehingga membuatkan suaminya itu kurang selesa dan kerana itu dia sanggup menurunkan berat dari 78kg hinggalah ke 48kg.
"Sebenarnya suami tidak kisah pun cuma saya yang rasa tak senang hati. Tetapi saya mahu apabila suami pulang daripada kerja, sedap sedikit mata memandang melihat saya.
"Bayangkan pernah sekali saya mencuba sepasang baju yang pernah dipakai sebelum ini dan ianya langsung tidak muat.
"Sejak dari hari itu saya meminta izin suami mahu menurunkan berat badan, dan Alhamdulillah, saya berjaya menurunkan berat badan seperti yang diinginkan," katanya kepada mStar Online.

Tambah Sarah, dia juga mengamalkan pengambilan makanan sihat dengan mengelak makanan berminyak dan bergula selain mengambil buah avacado sebagai makanan tambahan.
Dalam perkembangan lain, Sarah berkata dia bakal merakamkan single lagu terbaharunya dan akan dilancarkan pada tahun ini.
"Ramai yang tanya bila nak ada lagu baru? Tetapi sekarang ini saya banyak menghabiskan masa dengan keluarga.
"Anak-anak pun makin membesar dan mereka perlu mendapat perhatian lebih daripada saya. InsyaAllah saya akan ke studio dalam tidak lama lagi bagi merakamkan single lagu baru saya," tuturnya.
Sarah kini mempunyai dua orang anak iaitu Uwais Alqarni, 6 dan Dzahira Talita Zahra, setahun.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: