Jaclyn kini berada di Los Angeles, Amerika Syarikat sehingga 13 Julai ini untuk mempromosikan single pertama daripada album tersebut berjudul Remedy yang dicipta oleh Edry Abdul Halim.
"Selain Los Angeles, Jaclyn akan ke California untuk memperkenalkan lagu tersebut menerusi pelbagai siri pertunjukan pentas serta temuramah media.
"Program selama seminggu ini adalah siri promosi pertama aktiviti promosi susulan di peringkat antarabangsa yang dirancangkan oleh pihak pengurusan KRU Music," kata satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar Online pada Jumaat.
Lagu terbaharu Jaclyn itu juga bakal dipasarkan menerusi 80 platform digital mulai 10 Julai ini.
Dalam pada itu, untuk album terbaharu tersebut, Jaclyn bakal memperlihatkan perubahan hala tuju muziknya dengan menggabungkan susunan muzik EDM (electronic dance music) selain mengekalkan elemen pop.
"Pelan komprehensif telah disusun rapi oleh KRU Music untuk memasarkan lagu ini dipersada antarabangsa dan yakin ia akan membawa dimensi baharu bagi hala tuju muzik Jaclyn," kata kenyataan itu lagi.
Unleashed turut menampilkan empat buah lagi lagu iaitu Pinnacle, Sweeter Than A Dream, Over And Over dan Delirious yang dirakamkan sepenuhnya di Kuala Lumpur manakala proses mastering dibuat di Los Angeles.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: