Saturday, July 5, 2014

Misha Omar Kerap Sakit Sejak Berkahwin


Misha Omar semakin bahagia sejak mendirikan rumah tangga bersama Firos. 
PETALING JAYA: Penyanyi Misha Omar mengakui sering jatuh sakit sejak bergelar isteri kepada Firos Ezzwan Rossly, 32, pada 2 Mei lalu.

Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, 32, berkata, dia berasa pelik dengan situasi itu namun menyifatkan ia mungkin sebahagian daripada dugaan daripada Tuhan dalam melayari kehidupan berumahtangga.

"Pelik rasanya, sejak berkahwin, saya kerap sakit. Mungkin ini adalah ujian Allah supaya kita beringat-ingat atau mungkin juga gemuruh kahwin belum hilang lagi.

"Sekarang ini saya mudah alah terhadap habuk sehinggakan mengalami masalah semput. Jadi bila tidak bekerja, saya banyak berehat di rumah sahaja," katanya kepada mStar Online.

Ditanya mungkin rasa sakit itu berpunca daripada dirinya yang berkemungkinan besar sudah mengandung, Misha menafikannya.

"Ishhh mana ada! Kami serahkan semua itu kepada Allah. Kalau ada, adalah. Kalau belum ada lagi, kami menikmati waktu bersama-sama sebelum kehadiran orang baru dalam keluarga kami," ujarnya.

Sementara itu, Misha turut mengakui, sejak berkahwin, dia dan Fiross masing-masing mula menunjukkan sikap yang belum diketahui dan ia membuatkan mereka teruja untuk lebih mengenali antara satu sama lain.

"Biasalah sebelum dan selepas kahwin lain situasinya. Lepas kahwin, macam-macam sikap buruk dan baik terkeluar.

"Kadang-kami kami gelak dengan sikap baru itu, tetapi kami juga cuba bertolak ansur memperbaikinya agar masing-masing selesa hidup bersama. Tetapi saya tidak bolehlah nak dedahkan apa sikap buruk kami. Malulah," selorohnya.

Dalam perkembangan lain, Misha bakal memulakan rakaman lagu untuk dimuatkan dalam album terbaharunya pada bulan ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: