Kurang seminggu setelah berakhirnya resepsi di Putrajaya International Covention Centre (PICC), 26 Februari lalu, pasangan romantis, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim terbang ke Zurich, Switzerland bagi berbulan madu.
Malah semenjak majlis akad nikah pada 23 Februari lagi, Yusry sudah mengakui akan melawat beberapa tempat di Eropah.
"Kami sukakan tempat sejuk," katanya ketika ditanya mengapa memilih Eropah sebagai lokasi berbulan madu.
Terbang ke sana pada 2 Mac lalu, Lisa sempat berkongsi beberapa gambar melalui Instagramnya untuk tatapan peminat dan kawan-kawan di Malaysia.
Apa yang jelas, mereka kelihatan sangat romantis dalam beberapa gambar yang diambil.
Malah ada beberapa tweet daripada pasangan ini yang berkongsi pengalaman memandu kenderaan di luar negara, iaitu pemanduan di sebelah kiri.
Mereka dijangka berbulan madu selama dua minggu dan akan pulang minggu hadapan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: