Friday, January 13, 2012

Tiada kesan ketara kepada Emirates


PESAWAT Emirates A380 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang semalam.


SEPANG - Emirates, peneraju penerbangan dari Emiriyah Arab Bersatu, melihat laluan Kuala Lumpur-Dubai yang ditamatkan oleh Malaysia Airlines (MAS) baru-baru ini tidak akan memberi impak kepada pertambahan jumlah bilangan penumpang yang menaiki pesawatnya.

Naib Presiden Kanan Operasi Komersial Timur Jauh dan Australasia Emirates, Richard Jewsbury berkata, ia mungkin melihat peningkatan daripada aspek campuran pelanggan termasuk penumpang transit.

Menurutnya, ini kerana syarikat penerbangan itu mempunyai rangkaian per khidmatan yang meluas, lebih kukuh dan menawarkan layanan yang baik.

"Perkhidmatan kami meliputi 180 destinasi di 70 buah negara dengan perniagaan yang terus berkembang.

"Berdasarkan kepada faktor muatan kira-kira 80 peratus pada masa sekarang, kami melihat terdapat permintaan yang besar terutamanya dari Dubai, Timur Tengah dan penduduk Malaysia yang tinggal di rantau berkenaan," katanya yang ditemui selepas majlis perasmian ketibaan pesawat Airbus A380 Emirates ke Malaysia di sini semalam.

Jewsbury menjelaskan, pihaknya mengunjurkan pertumbuhan perniagaan syarikat tersebut secara keseluruhannya di antara 15 sehingga 20 peratus menjelang tahun depan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: