Saturday, January 7, 2012

Serdang jadi bandar biomass


ASMAWI (tiga dari kiri) memberi taklimat sambil diperhatikan wakil-wakil UPM termasuk Nadzri (dua dari kiri) dan wakil penyelidik Jepun di Serdang kelmarin.


SERDANG - Universiti Putra Malaysia (UPM) bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi sistem pengurusan sisa buangan pepejal.

Naib Canselor UPM, Datuk Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata, kerjasama itu dibuat melalui Kempen Kesedaran Bandar Biomass Serdang.

"Usaha itu diambil bagi menyokong usaha kerajaan untuk mengurus sisa buangan domestik daripada penempatan penduduk dan kawasan pusat komersial khususnya di sekitar Serdang," ujarnya ketika berucap pada program taklimat dan kempen Bandar Biomass Serdang di sini kelmarin.

Turut hadir ialah Yang Dipertua MPSJ , Datuk Asmawi Kasbi.

Menurut Radin, kerjasama antara UPM dan MPSJ diharap mampu mengkomersialkan teknologi termasuk penghasilan mesin khas memproses sampah.

"Bagi menjayakan matalamat ini, kita juga bekerjasama dengan penyelidik dari Jepun sebagaimana yang pernah kita buat menerusi projek Biogas di Felda Serting Hilir," katanya.

Radin Umar memberitahu, sisa buangan seperti makanan atau organik perlu dirawat kerana jika tidak, ia akan memberi impak kepada pencemaran alam sekitar dan pemanasan sejagat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: