Tuesday, January 3, 2012

MyLED ke Eropah

JIMAT TENAGA...Razali menunjukkan produk LED keluaran syarikatnya.
JIMAT TENAGA...Razali menunjukkan produk LED keluaran syarikatnya.

KUMPULAN MyLED, syarikat tempatan yang mengeluarkan sistem pencahayaan jenis padu (SSL) dan diod pemancar cahaya (LED) dijangka meluaskan operasi untuk pasaran Eropah dan Timur Tengah menjelang pertengahan tahun ini selepas berjaya menembusi pasaran China, India, Taiwan serta Korea.

Pengarah Urusan Kumpulan, Razali Pakeer Mohamed berkata, produk pencahayaan itu mendapat sambutan menggalakkan dan mereka yakin memasuki pasaran Eropah berikutan komponen LEDnya menggunakan teknologi Osram, syarikat berpangkalan di Jerman.


Beliau berkata, pasaran di Timur Tengah juga akan terus berkembang kerana kesedaran terhadap produk jimat tenaga seperti lampu LED semakin mendapat tempat di kalangan pengguna kerana produk itu mampu menjimatkan tenaga sehingga 60 peratus.

Produk LED juga tidak memerlukan penyelenggaraan kerana ia mampu bertahan sehingga lima tahun tanpa perlu ditukar atau 100,000 jam dan bermula April ini, pihaknya akan menghasilkan lampu LED untuk Osram yang akan dijual untuk pasaran global.


“Kami mengikat perjanjian dengan Osram untuk menggunakan teknologi mereka berikutan lampu LED yang kami gunakan didaftarkan sebagai harta intelek (IP) Osram dan mereka akan membeli produk siap daripada kami serta menjualnya di seluruh dunia menjelang akhir tahun ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: