Antara cita-cita dan cinta, kenapa perlu ada yang pertama dan kedua? Mengapa tidak diberi peluang mengacapi keduanya? Mengapa perlu hadir cinta saat cita-cita menuntut kesungguhan dan kewarasan fikiran.
Begitulah kisah yang berlaku dalam drama Maqam terbitan Pena Creative Sdn Bhd. Meletakkan Bade Haji Azmi sebagai pengarah, drama 12 episod ini menampilkan barisan pelakon seperti Razali Hussain sebagai Ahmad Izhar, Lisdawati (Jannah), Datuk Rahim Razali (Sheikh Hashim), Zed Zaidi (Nik Ahmad Kamal) dan Lydiawati (Ustazah Jalilah) yang menemui penonton di TV AlHijrah (TVAH).
Menurut Bade, drama Maqam membawa banyak kelainan kerana jalan ceritanya yang mengetengahkan mengenai kisah ulama Islam.
"Jika kita lihat drama kini, memang jarang ada sesebuah drama yang mengupas mengenai ulama dulu kala. Berbeza dengan TV AlHijrah yang sememangnya mementingkan jalan cerita berbentuk keislaman.
"Menerusi Maqam, kisah yang berlaku adalah pada masa kini, cuma kita mengupas ulama Islam dulu melalui jalan ceritanya. Namun, dalam misi merealisasikan impian bapanya, Izhar (watak utama) jatuh cinta dengan isteri orang yang membantunya," katanya kepada Zass.
Dipermudahkan
Bade berkata, tidak banyak cabaran yang diperoleh semasa mengarahkan kerana Bade merasakan semua urusan dipermudahkan oleh ALLAH SWT.
"Jika kita mahu lakukan sesuatu yang baik, saya rasa ia akan dipermudahkan. Ketika mendapat naskhah ini, saya agak risau kerana ia melibatkan ramai pelakon dan saya khuatir mengenai keadaan cuaca.
"Selain itu saya turut risaukan masalah prop, iaitu gajah. Tetapi Alhamdulillah, segalanya bagai dipermudahkan oleh ALLAH SWT kerana penulis skrip drama ini mendapatkan bekalan gajah mencukupi untuk penggambaran ini," katanya.
Menyentuh mengenai drama ini, Bade berkata, dia bertuah kerana Zabidin sebagai penulis skrip banyak membantunya menerangkan jalan cerita. Justeru, dia berharap agar drama ini mendapat sambutan apabila ditayangkan kelak.
Bermula Khamis lalu, Maqam disiarkan jam 8.30 malam setiap Selasa, Rabu dan Khamis. Memuatkan kisah berkaitan keagamaan dan keluarga, Maqam mengisahkan Ahmad Izhar, seorang wartawan berpengaruh di ibu kota memikul amanah ayahnya, Haji Hassan yang meminta dia berkelana ke Kedah.
Ini bagi memenuhi cita-cita ayahnya untuk mencari lokasi makam Syeikh Abdul Samad Al Palembani. Penemuan lokasi makam itu sangat penting untuk menyiapkan kisah ditulis ayahnya dalam sebuah buku sejak sekian lama.
Kembara ke Kedah, menemukan Izhar dengan Sheikh Hashim. Menumpang teduh di pondok Sheikh Hashim, Izhar memulakan pencariannya. Apa pun, iras rupa Izhar dan minatnya terhadap Sheikh Abdul Samad Al Palembani mengingatkan Sheikh Hashim pada memori silamnya berkaitan seorang pemuda yang menetap di pondoknya kira-kira 40 tahun lalu.
Tanpa disedari, Izhar juga akhirnya jatuh hati kepada Jannah walaupun mengetahui cintanya itu terlarang. Begitu juga Jannah, turut merasakan perasaan sama. Namun, demi ketaatan pada suaminya, Jannah berusaha menolak perasaan serta mengawal nafsunya daripada godaan Izhar. Mampukah Jannah menafikan perasaan kasihnya itu?
Friday, January 27, 2012
Maqam ketengahkan kisah ulama Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: