Friday, January 20, 2012

LHDN hanya bantu proses BR1M


HASAN (tengah) beramah mesra dengan sebahagian penerima BR1M di Kuala Pilah, Negeri Sembilan semalam.


PUTRAJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak terlibat dalam urusan pembayaran program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebaliknya hanya membantu dalam aspek penerimaan dan pendaftaran borang-borang permohonan.

LHDN dalam satu kenyataan semalam menyatakan mekanisme pembayaran untuk penerima di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan diuruskan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri masing-masing.

Pembayaran bagi negeri-negeri selain empat negeri itu diuruskan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Sebelum ini, LHDN menerima banyak pertanyaan daripada orang awam melalui talian pusat khidmat pelanggannya atau yang hadir sendiri ke pejabat cawangan LHDN berhubung mekanisme pembayaran itu.

LHDN menjelaskan, selepas ia mendaftarkan permohonan BR1M, maklumat itu akan disalurkan kepada pejabat SUK dan JPP.

"Melalui maklumat ini, urusan pembayaran akan diatur oleh SUK atau JPP di mana surat makluman status permohonan BR1M akan dikeluarkan kepada semua pemohon termasuk yang tidak layak," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: