LEDANG - Seorang wanita yang masih berstatus isteri dicekup khalwat bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Serom, Sungai Mati dekat sini, semalam.
Ketika ditahan kira-kira jam 1.20 pagi oleh Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang, anak kedua wanita terbabit yang berusia lingkungan dua tahun turut berada di rumah berkenaan.
Pada awalnya, pasangan itu cuba menyembunyikan hubungan mereka tetapi akhirnya mengaku mereka adalah pasangan kekasih selepas disoal siasat oleh pihak penguat kuasa.
Wanita berusia 31 tahun itu mendakwa dalam proses bercerai dengan suaminya selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.
“Tetapi kami sudah berpisah sejak dua tahun lalu kerana tiada persefahaman dan sehingga kini, saya tidak tahu di mana suami berada.
“Ini menyebabkan proses perceraian kami tertangguh begitu sahaja,” katanya.
Sementara itu, Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota penguat kuasa agama datang memeriksa rumah berkenaan.
Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki tidak berbaju dan hanya berseluar panjang membuka pintu.
“Pihak penguat kuasa hanya menunggu kurang lima minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dilakukan.
“Selain lelaki yang membuka pintu, pemeriksaan lanjut menemui dua wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki dalam rumah ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya lagi, wanita berusia 21 tahun yang merupakan adik kepada lelaki terlibat turut ditahan kerana bersubahat.
“Pasangan ini kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
“Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Mati untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.
Katanya lagi, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau keduanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.
Tuesday, January 17, 2012
Isteri ditangkap khalwat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pompuan zman skg xtw malu ke. . . dh ade laki pon mggedik nk kat laki laen......bek hang xyah kawen. . .dok brzina ja....
ReplyDeleteTak rasa bersalah ker?
DeleteDosa sendiri blh minta ampun ngan allah, dosa ngan suami kau kena minta ampun ngan suami, tu pun klu dia ampunkan
Gambar Kaabah dalam rumah tu hanya hiasan 'transparent' je...
ReplyDeleteada lima orang dalam rumah pun dikira khalwat juga ke?
ReplyDeletesa pn heran...
ReplyDeleteaduii ya, nak salahkan pmpn je la. abis tu, yg laki dia tu dah 2 thn tk tau kat mana..baik ssgt la teww. nak apply fasakh pun susah, coz suami tk pegi mahkamah. so laki dia bongok jugak..biarkan isteri bergantung tk bertali. entah2, dah mati kot. kihkihkih.
ReplyDeletepompuan tu mmg salah - tak yah debate. Suami yang tinggalkan dia pun salah & zalim (byk kes2 camni kat mesia) - kat akhirat nanti jawab le. Kalo pompuan tu dah pegi mahkamah, n suami tak pernah dtg, hakim salah pasal tak nak jatuhkan fasakh. Kes ni pun byk kat mesia, berapa byk org (yang ternama pun ada) yang mmg dah tak sehaluan, tak sayang, benci, tapi dok naik turun naik turun mahkamah bertahun2 tak cerai2 juga. Baik hakim jatuhkan fasakh, bior dua2 carik orang lain - moving on in life. Dlm kes camni, kalo hakim tak jugak jatuh fasakh, pada saya, zalim lah kat pompuan. Lelaki boleh kawin lain, pompuan kena cerai dulu baru boleh mulakan hidup baru. Ni tak jatuh2 fasakh walaupun mmg dah nampak benar jodoh tu dah gone case, tp tak nak ceraikan.... apa kes? Sudahnya boleh mendorong kepada zina...
ReplyDelete