Michelle Williams memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Muzikal atau Komedi menerusi lakonannya dalam My Week With Marilyn.PELAKON veteran dan pendatang baru mewarnai majlis Anugerah Golden Globes ke 69 dengan menobatkan Christopher Plummer, Michelle Williams, Octavia Spencer dan drama bersiri Homeland yang mendapat pengiktirafan pada majlis yang berlangsung pada Ahad.
Christopher, 82, memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonannya dalam Beginners dan Spencer dalam kategori wanita hasil lakonannya dalam drama The Help.
Dalam pada itu, drama popular Homeland dinobatkan sebagai drama televisyen terbaik mengalahkan beberapa siri pilihan lain seperti Game of Thrones, American Horror Story dan Broadwalk Empire.
Manakala Michelle membawa pulang trofi aktres terbaik dalam muzikal atau komedi menerusi lakonan mantapnya melalui My Week with Marilyn yang melakonkan watak sebagai Marilyn Monroe.
Pelakon drama bersiri The Artist bergambar bersama selepas memenangi anugerah Drama bersiri Muzikal, Komedi terbaik.Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah golden Globes ke 69.
Pelakon Wanita dalam Siri TV, Drama: Claire Danes, Homeland
Filem Bahasa Asing Terbaik: A Separation, Iran
Pelakon Pembantu Wanita dalam Siri, Mini Siri atau Filem TV: Jessica Lange, American Horror Story
Lakon Layar Terbaik: Woody Allen, Midnight in Paris
Filem Animasi Terbaik: The Adventures of Tintin
Pelakon Pembantu Lelaki dalam Siri, Mini Siri atau Filem TV: Peter Dinklage, Game of Thrones
Pelakon Wanita Terbaik dalam Muzikal atau Komedi: Michelle Williams, My Week With Marilyn
Pelakon Lelaki Terbaik: Idris Elba, Luther
Siri TV, Drama Terbaik: Homeland
Lagu Asal Terbaik: "Masterpiece," Madonna, Julie Frost and Jimmy Harry
Pelakon Lelaki Terbaik Siri TV, Drama: Kelsey Grammer, Boss
Pelakon Wanita Terbaik dalam Mini Siri, Filem TV: Kate Winslet, Mildred Pierce
Filem TV atau Mini Siri Terbaik: Downton Abbey
Pelakon Wanita Terbaik dalam Siri TV, Komedi: Laura Dern, Enlightened
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Christopher Plummer, Beginners
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: