PETALING JAYA - Peserta Malaysia, Aileen Gabriella Robinson dinobatkan pemenang Miss Tourism International (MTI) 2011 selepas mengalahkan 10 peserta lain pada pertandingan akhir yang berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa, malam semalam.
Aileen Gabriella, 22, berjaya mengalahkan jelitawan dari 54 negara.
Gelaran itu yang sebelum ini dipegang Nathalie Den Dekker dari Belanda menyarungkan mahkota itu kepada Aileen Gabriella.
Majlis itu disiarkan secara langsung menerusi RTM1 dan turut disaksikan pengunjung di Dataran Merdeka yang menantikan kiraan detik tahun baru 2012.
Meraikan ulang tahun ke-15, MTI adalah unik dalam erti kata kerana ia satu-satunya pertandingan ratu cantik sempena ketibaan tahun baru dan sambutan itu membabitkan delegasi dari 54 negara untuk sama-sama meraikan detik 12 tengah malam.
Majlis dihadiri Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Presiden dan Pemilik MTI, Datuk Danny Ooi dan Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Datuk Seri Dr Jeffrey Cheah.
Monday, January 2, 2012
Gadis Malaysia dinobat Miss Tourism International 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: