Monday, January 2, 2012

Bieber meriahkan sambutan 2012


Wajah Justin Beiber dari dekat semasa menyanyi lagu Let It Be.


NEW YORK - Penyanyi remaja terkenal dunia, Justin Bieber meraikan orang ramai di Times Square di sini kelmarin menjelang Tahun Baru 2012.

Bieber yang berusia 17 tahun membuat persembahan dengan menyanyi lagu yang dipopularkan kumpulan The Beatles, Let It Be sambil bermain piano.

Dia membuat persembahan itu bersama pemain gitar terkenal dunia, Carlos Santana kira-kira pada pukul 10 malam.

Ketika Santana yang berusia 64 tahun yang merupakan pemain gitar irama rock tiba di pentas, penonton memberikan sorakan yang kuat.

Lagu Let It Be dikeluarkan pada Mac 1970 dan telah dinyanyikan oleh hampir kesemua penyanyi terkenal.

Namun, persembahan yang menggabungkan generasi muda yang diwakili Bieber dan golongan tua yang diwakili Santana itu dianggap tidak akan dilupakan oleh penonton.

Bieber dan Santana merupakan tetamu undangan program The Dick Clark's New Year's Rockin' Eve with Ryan Seacrest 2012 di sini.

Turut memeriahkan program itu ialah penyanyi rap terkenal, Pitbull yang menyanyikan lagu International Love, Hey Baby dan Rain Over Me secara medley.

Penyanyi yang berpakaian pelik, Lady Gaga juga tidak ketinggalan menghiburkan penonton.

Lady Gaga menyertai Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg untuk mengetuai kiraan memasuki tahun Baru.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: